Isnin. 10.32 pagi. Pejabat.
"Kenapa tak sedap je aku menaip ni?" Jari-jari aku terasa seperti floating dan tak kuat untuk menekan abjad-abjad di papan kunci.
Dah panjang kuku aku ni rupanya. Bila masa pulak kuku aku panjang semula? Baru lepas diketip sebelum solat Jumaat lepas.
Aku terus buka laci di bawah meja aku dan tangan mencapai pengetip kuku.
--------------------
Aku rasa, aku ada 5-6 pengetip kuku yang berfungsi dan tajam serta tidak sumbing, satu di pejabat, satu di setiap bilik tidur, satu di dalam laci di ruang tamu dan satu di dalam 'beg kosmetik' yang aku bawa bila aku keluar bandar.
--------------------
Kuku-kuku aku ni bila sedang sedap beristirehat di rumah, mereka sembunyikan diri agaknya. Bila di pejabat, barulah mereka munculkan diri. "Nampak tak ethical pulak kalau aku mengetip kuku di pejabat!"
Gigit sahajalah. Sambil merenung skrin komputer. Ok apa gigit kuku? Hooligans pun gigit kuku juga sambil menonton perlawanan bolasepak di stadium, terutama di masa-masa kecederaan! Sebab itu ada frasa, "...a nail-biting match..."
Ahh... herot berot jadinya. Boleh calar balar kalau menggaru. Balik nanti kena trim semula. Buat sementara waktu, sesiapa boleh tolong garukan di tempat-tempat yang gatal?! Ataupun, ada sesiapa yang nak tolong gigit-gigitkan kuku-kuku aku?!
DAY 2 PERTH 15/9/2024 - FREE AND EASY
4 weeks ago
3 comments:
Tertib dalam mengetip kuku. Mulakan jari telunjuk kanan, pusing. sudahi dengan ibu jari kanan. TQ.
Psstt.. Kuku kita cepat panajng berbanding rambut kita. :D
ko mesti tak rasa nikmat lagi menggaru K...
ah tok,
rambut aku makin lama makin lambat pertumbuhannya!
suealeen,
aku reserve kuku jari kelingking tak dipotong, untuk mengelakkan hilangnya nikmat menggaru!
Post a Comment