Ok sambung cerita trip ke KT. Kali ni bab mencandat sotong pulak. Only the guys yang pergi mencandat hari tu, PO, LB, Par, aku dan dua orang lagi kawan PO. Pastu ada few others dalam bot tu - tekong and the multiskilled crew lah. Multiskill sebab diorang boleh prepare bahan untuk mencandat, boleh bawak bot, boleh siang ikan, boleh masak, macam-macam lah... and it was LB's and Par's first time mencandat sotong ni, kita tengok how they handle it? Hehehe...
Seawal jam 6.30pm kitorang dah masuk perairan Pulau.. hmmm Pulau apa ek? Anyway, kitorang dah masuk kawasan mencandat lah waktu tu, dah boleh mencandat dah walaupun masih terang. Mulanya aku rasa plan diorang macam nak mancing dulu, then bila tengok ada banyak (I mean really a lot!) bot yang tengah mencandat kat satu tempat tu, sauh bot kitorang pun dilabuhkan, dan kitorang pun mencampakkan candat masing-masing ke laut... tengok gambar ni betapa ramainya bot waktu tu.
Kitorang stay at that position sampailah matahari terbenam, tapi takde seekor sotong pun dapat dinaikkan. Ternampak wajah-wajah kedukaan terpampang di muka first timer-first timer kita hehehe... ada jugak dalam hati aku yang aku rasa macam janganlah tak dapat sekor pun sotong, mana nak letak muka kat geng-geng perempuan yang tak dapat pergi mencandat, especially dengan Angah hehehe... At that point of time, tekong decided untuk alih bot ke spot lain. Sementara bot bergerak ke tempat lain, lihatlah gambar time nak sunset ni...
Lepas maghrib tu aku pun masuk kabin, tidur. Bukannya mabuk tapi mengantuk sangat sebab malam sebelum tu tak cukup tidur dalam bas sebab grup Singapore bedebah yang memekak tu. Anyway, lepas aku terjaga dari tidur tu, lebih kurang jam 8.15pm macam tu, bot kitorang dah beralih tempat, hari pun dah gelap. Aku tengok diorang dah mula mencandat. Aku macam malas nak campak candat aku ke laut sebab yang lain-lain pun macam tak dapat je hasilnya pun lagi.
Lebih kurang time tu jugak dapat twitter delinn yang macam perli-perli pulak sebab diorang tak dapat twit lagi dari aku yang ada mengatakan sotong telah berjaya dinaikkan. Aku janji dengan diorang, nak twit everytime sotong naik, siap kena letak gambar sekali sebagai bahan bukti. Panas jugak laa hati aku waktu tu. Waktu PO tengah solat, aku main-main candat dia. Then, terasa berat wo! Aku pun tarik... perghhh!!! Naik first sotong lebih kurang jam 8.30pm.
Habis aku twit first sotong tu, Shahrom kawan PO naikkan pulak sotong ke 2,3,4 serentak! Tiga serangkai ataupun aku panggil 'threesome'. Baru nak twit yang tu, naik pulak nombor 4, aku tak sure siapa naikkan. Then aku dah haru biru, mana nak twit, mana nak amik gambar, mana nak mencandat. Nasiblah kan, yang aku tau delinn, Arc dengan Sempoii tengah dinner kat darat time tu sure bersorak everytime dapat twit sotong naik. Ekekekek...
8.30pm rush hour tu tak bertahan lama tapi cukup untuk naikkan semangat lah. Ada lah dalam 15 ekor sotong naik waktu rush hour tu. Sotong baru balik mengaji kot time tu lalu bawah bot kitorang. Semangat rush hour tu cukup bermakna especially untuk Par dan LB, sampaikan Par sepanjang malam tu tidur duduk je agaknya sambil tangan sebelah mencandat. Aku? Aku dapat naikkan seekor lagi waktu rush hour tu, lepas tu bila aku tengok dah slow je, aku masuk kabin semula, tidur laa de.... ekekekek
Waktu nak masuk tidur tu, tekong tengah masak, bau macam masak kari. Tapi aku tidur jugaklah. Sedap sehhh tidur waktu tu, angin kuat menderu-deru pastu terbuai-buai je kan. Sampaikan PO kejut aku makan pun aku kata makan dulu. Hehehe...
Almost midnight, aku bangun (sebab lapar!), tengok dalam periuk ada nasi putih, kuah ikan yang bau tadi macam kari tapi rupa macam kurma, tapi sedappp!!! dan ikan cencaru goreng garam je, pun sedapppp!!! Tapi aku takut nak makan banyak-banyak, takutlah perut meracau, payah le pulak kena menonggeng kat tepi bot.
Lepas makan, aku survey laa keliling bot, ada banyak juga lah hasil tangkapan, dekat 25 ekor. Dan pencandat-pencandat tegar masih tegar mencandat walaupun raut muka macam mengantuk dan kepenatan. Aku, campak jugaklah candat tapi tak dalam sesejam setengah, tak naik pun sotong. Aku masuk tidur balik ekekekek....
Around 4am macam tu, aku terjaga lagi (kali ni tak tahan nak kencing pulak). Aku tengok ramai pencandat dah tidur. Yang tegar, Par dan LB, tetap mencandat tapi dah beralih posisi. LB lagi terrer, sambil baring je dia mencandat. Heheheh... Time ni aku dah malas nak campak candat aku sebab memang dah slow gila sotong naik. Dalam bakul dan keliling bot adalah dah 30 ekor lebih rasanya. Ni gambar pencandat tegar, Par dan sotong yang dinaikkan...
Pastu aku tengok LB macam merana je tidur-tidur ayam sambil tangan hayun-hayun candat. Aku ambik candat dari tangan dia pastu aku kata, bro tidur je lah... So, aku amik alih candat dia, dalam setengah jam lepas tu, rasa berat lagi, naik pulak dua ekor sotong serentak... ni nak panggil apa pulak? Bisex? Ekekeke... Dan itulah dua sotong terakhir yang naik sampai kitorang decided untuk balik ke darat sekitar jam 5.30am macam tu... ni lah gambar sebahagian hasil malam tu yang aku rasa ada dalam 40 ekor kot?
Malam tu, sotong-sotong yang dah dicandat tu, dikerjakan. PO bawak kitorang dinner kat one kedai ikan bakar kat area Bukit Tunggal dan inilah bagaimana sotong-sotong tu dikerjakan...
Bertambah-tambah makan masing-masing malam tu, lupa kejap bab kolesterol hehehe... Dan verdict untuk mencandat sotong, oleh LB, "Nanti kita buat lagi mencandat ni!" dengan penuh semangat! Nanti aku sambung lagi cerita, tak habis lagi nih...
Monday, May 31, 2010
144th to 150th: Cerita KT Dua!
Posted at 10:47 PM 2 comments
Sunday, May 30, 2010
144th to 150th: Cerita KT
Last week was all about anticipating the long weekend because of Wesak Day on Friday. Isnin hingga Khamis tu, macam biasa lah makan tido lari je kerja aku. One notable achievement untuk aku ialah aku berjaya lari 21km pagi Khamis tu, masa aku 2jam 7minit.
Khamis malam tu, seperti yang telah dirancang lama jugak, seawal bulan Februari rasanya, aku siap-siap dengan backpack aku dan Coleman aku untuk ke KT, mencandat sotong sambil bercuti dengan Kabas Rebanamaya (kabas tu singkatan kepada kaum-kaum basi heheheh). Dan bermulalah 5 weekends aku di 5 lokasi berlainan - KT, Penang, Ipoh, JB, KL/Shah Alam.
Aku sepatutnya naik bas jam 10pm (bas terakhir JB-KT), tapi bas Transnasional tu dari Singapura terlewat tiba. Dengarnya jem nak masuk ke Malaysia sebab dah mula cuti sekolah di Singapura. Akhirnya, bas sampai juga jam 11.30pm dan bergerak ke KT tak lama lepas tu.
Cuma dalam bas tu aku agak tak selesa. Satu, sebab kaki aku masih tak cukup recover dari larian aku pagi tu, dalam bas tak boleh completely melunjur. Then, air cond sejuk sangat. Ketiganya, ada satu grup (dalam 6 orang) orang-orang dewasa or agak tua yang naik di Singapura yang boleh bersembang kuat-kuat dan gelak-gelak dalam bas tu pulak time orang lain nak tidur.
Asal bas berhenti untuk supper, buang air je, diorang bising-bising turun bas, pastu bila naik bas balik, bising-bising dalam 30minit pastu tidur. Ada laa 3 kali bas berhenti. Pastu around 4.30am, bila one of them terjaga, dia buat bising and the rest followed. Bila bas berhenti solat Subuh, takde pulak nak bising-bising? Memang aku pissed off dengan grup tu. Dan waktu kat stesen bas KT, nak balik ke JB, aku nampak grup tu lagi. Nasib baik diorang tak naik bas sekali dengan aku. Lega!
Anyway, aku tiba di KT around 7.30am kot?! Aku nampak Par dan Aishah yang dah sampai dari KL lagi awal, maybe 6am or so. Tak lama lepas tu, hos kitorang kat sana, si PO pun sampai untuk fetch kitorang. Breakfast - cadangnya nak makan nasi dagang tapi kedai tu tak masak nasi dagang pulak hari tu, hari cuti kot.
First destination, PO bawak kitorang ke one of the famous landmarks kat Terengganu....
Menurut PO, lagi ramai orang amik gambar stadium ni bila dah runtuh daripada sebelum runtuh. Hehehe. Sementara tunggu kunci homestay, kitorang pusing-pusing dulu. Around 10am, checked in kat homestay tu, a double-storey link house, 4 bedroom, 3 bathrooms, just opposite KT airport. Sangat ok homestay tu, all rooms are air-conditioned, boleh masak kalau nak, washing machine ada siap detergent, astro basic channels pun ada.
After Friday prayer, kabas yang bermalam di Kuantan tiba - Angah, Wan, Arc, LB, Delinn, Sempoii. We headed for lunch, makan nasi dan sup ala Kelantan. Murah sajork to our surprise! Kitorang budgeted RM270 untuk makan berkeluarga 9 orang sepanjang trip ni, dan.... tak habis pun RM270 tu. Cayorklah KT!
Lepas Asar, kitorang ke jeti. Aku, Par dan LB ikut mencandat. Yang lain-lain babai-babai je kitorang dan lepas tu dan sepanjang malam tu tak tau lah diorang merayap ke mana. Angah dengan Wan pulak gi mencandat kat Kota Bharu. Lumayan jugak hasil tangkapan diorang, bermeter-meter kain batik, berpuluh-puluh helai tudung. Heheheh...
Cerita bab mencandat pulak... hmmm... nantilah aku sambung pulak, dah panjang ni.
Posted at 11:55 PM 0 comments
Friday, May 28, 2010
POW: Murtabak Singapura
Di JB, murtabak yang famous, a.k.a. Murtabak Singapura, ni lain dari yang biasa terdapat di KL. Ada juga murtabak biasa, tapi kalau datang ke JB, cubalah Murtabak Singapura. Salah satu tempat yang kita boleh jumpa Murtabak Singapura ni ialah di Medan Selera Sg. Chat di sepanjang jalan Pantai Lido. Korang cari Dataran MBJB dan boelh jumpa lah Medan Selera yang ada 4-5 kedai je tu.
Yang bezanya murtabak Singapura ni ialah dagingnya di dalam dan juga di tabur di luar murtabak tu. Dapppp wooooo!!!
So, tengok je lah gambar ni, aku tak reti nak tulis panjang-panjang pasal Murtabak Singapura ni.

Yang dalam gambar tu ialah Murtabak Special, double layer, harganya RM9 sajork. Untuk tempahan atau keterangan lanjut atau tak jumpa kedai, boleh hubungi 019-7122111.
Aku pun boleh tulis panjang-panjang sebab aku sedang bercuti ni di Kuala Terengganu. While korang salivating, drooling bila tengok gambar murtabak tu, aku tengah dapppp makan nasi dagang, kerpok lekor... hmmmm.....
Posted at 9:10 AM 0 comments
Thursday, May 27, 2010
Sweet 17. Oh! I like!!
Semalam aku buat body measurement/reading kat Club. The last time aku buat benda ni was in October 2009, some 7 months ago. Untuk pengetahuan korang, 7 bulan lepas memang aku dapat rasakan sendiri yang aku ni out of shape, gemok (dah le kurang tinggi kan?), it was bad! Really bad... dan waktu tu aku ada jugak lari-lari ni tapi tak serius sangat. Aku ingat lagi waktu tu, nak lari 5km under 45 minutes on treadmill pun macam nak mati. Tapi sekarang tidak lagi, 5km tu 25 minit je aku lari kat treadmill. Heheheh....
Anyway, the readings yesterday shows that I am ok and fit, overall except my bone mass which is quite low. The solution - I need to pump more iron (or lift weights lah) which I hate! Some notable comparisons from yesterday's reading and last October's readings:
Weight: 55.6kg (was 63.5kg)
BMI: 21.7 (was 25.6 - obese level 1)
Metabolic age: Schweeet 17! Fewwitttt!!! (was 28)
Visceral fat: 3 (was 10)
Body fat: 12.3% (was 23%)
Perghhh... paling best tu, metabolic age aku baru 17 beb!!! Baru nak amik SPM tu... hahahah... aku pun tak tau lah, if I train harder, will the metabolic age goes down to 15? 13? or 9? Siap aku buat lawak kat office, aku cakap sekali lagi tujuh bulan aku buat measurement, time analyze metabolic age tu, trainer aku cakap, "you're not born yet!" Hahahaha...
Cuba korang tengok gambar aku dulu dan sekarang ni. Dulu = November 2009, Sekarang = May 2010.
Ohh dan cholesterol level aku was 8.6 in January 2010 and 3.5 in February 2010 ya! Sekarang, tak tau sebab belum check, hujung bulan Jun 2010 baru check semula, hopefully it stays low.
Ok, malam ni aku gerak ke Terengganu dengan geng-geng (atau lebih tepat, muka-muka basi) rebanamaya dan acara sopan santun dan jiwa murni di Terengganu akan dihoskan oleh brader PO. Selamat berhujung minggu yang panjang, kalau memandu ke mana-mana, berhati-hati dan jaga makan ye, watch your visceral fat!! Ekekekek...
Posted at 12:35 PM 1 comments
Wednesday, May 26, 2010
Panini World Cup Sticker Album - 260510
As I mentioned before, I vouched to get my Panini World Cup 2010 Sticker Album completed this time - a feat I've never achieved before. With the album bought on Sunday and 5 free stickers to start with, I went to the MyNews in Plaza Angsana on Monday to buy the stickers in bulk.
I asked the person there about the discount offered by Panini if you buy in bulk but he has no clue at all and had to make a call to confirm about the discount voucher I showed to him. I wanted to buy 100 packs (equivalent to 500 stickers) but they don't have enough. He asked me to come back on Wednesday when the new stock arrived. In the end I just requested for 50 packs (or 250 stickers) and that's RM85 after deducting RM10 discount.
That night I went all out to paste the stickers but only managed to get 25 packs done, cramped all my legs as I was doing in while sitting on the floor. Continued last night with another 15 packs and the completion rate for the album now stands at 29.7% (189/637 stickers) with 16 stickers found duplicate and ready to trade.
Here are snapshots of my two most completed pages :-)

And here's the list of stickers anybody want to trade with or buy from me (leave your comment and email in the comments box, but only restricted for residents in Malaysia and Singapore)
Sticker no: Details
14: Mangaung/Bloemfontein Stadium
99: Florent Malouda
117: Maxi Rodriguez
137: Kalu Uche
231: Khaled Lemmouchia
241: Samir Handanovic
266: Arne Friedrich
269: Thomas Hitzlsperger
331: Asamoah Gyan
340: Andre Ooijer
381: Yuki Abe
422: Andrea Pirlo
427: Alberto Gilardino
430: Paraguay Emblem
575: Jesus Navas
633: Fabian Orellama
Ideally, to complete all 637 stickers, one needs to buy 128 packs (RM243.20) but of course as the completion rate gets higher, you'll get more duplicate stickers and the list above will grow longer (like Rooney's beard in Nike World Cup tv ad). Fret not, today am going to buy another 50 or if the store has enough stock, I'll buy 100 packs of stickers that will keep me occupied this long weekend or err... the whole next week? :-)
Another thing, if you want to do this virtually, you can do it at http://www.fifa.com/stickeralbum
Posted at 10:14 AM 7 comments