Teringat lagu MJ, "is black, is white..."
Minggu lepas dah berakhir dengan ketidaksampaian berita yang aku tunggu. Mungkin belum tiba masanya, mungkin gugur di tengah jalan atau mungkin sedang dibungkus-bungkus dengan kotak indah sebelum disampaikan kepada aku. Dalam ketidaksampaian berita yang ditunggu, ada juga satu khabar yang agak menyenangkan hati, untuk merawat duka mungkin. Jadilah...
Pagi semalam, pagi-pagi lagi. Jarang telefon nombor peribadi berbunyi di pagi hari. Selalunya hanya telefon nombor pejabat beri yang galak berbunyi. Tak jemu-jemu orang pejabat menghantar email. Elf yang call rupanya. Apa mahunya? Ada kebakaran lagi ke? Nak dihantar bomba JB sebab bomba KL tak jawab call ke? Nak tanya macamana nak gunakan fire extinguisher yang aku sendiri pun tak pernah ingin nak belajar menggunakannya?
"Kau ok ke? Aku mimpi pasal kau, something bad happened..." lebih kurang gitu kata Elf. Aku yang berspeaker phone sambil menyarung spender pun jawab, "Aku tak ok sebab Si Puaka je. Lain-lain aku ok. Tapi aku tak keluar rumah lagi, nanti di atas jalan aku belum tau nasib aku." Punyalah berhati-hati sungguh aku memandu ke pejabat, dalam hujan-hujan pagi semalam. Alhamdulillah selamat sampai ke pejabat.
Tak lama duduk di depan komputer, dipanggil masuk pejabat Si Puaka. Aku dan sorang external consultant. Mula lah Si Puaka argue kata data aku salah, not updated. Aku pun mula lah merah telinga aku. Aku tanya balik Si Puaka, "Have you tried to access the system and look at the data inside it?" Si Puaka buat-buat tak nak jawab dan pandang muka consultant tu. Aku tanya lagi, "Have you?!" Si Puaka tenung aku, menggetap bibir. Dia kata, "It is not an issue. The end game is to get data updated and correct..." Aku potong, aku cakap, "And the end game is to get everyone involved to access the system directly and update relevant information themselves. But you refused our IT support staff to install the system in your machine."
Alkisahnya, department aku kena develop satu simple system in-house which dah siap bulan lepas. Before sistem tu rollout bulan lepas, IT support aku akan install sistem ni dalam komputer semua orang yang akan access sistem ni. Dan aku dapat tahu dari IT staff aku yang Si Puaka tak kasi diorang install sistem ni dalam komputer dia. Apa jadahnya?!! Ini initiative department dia, pastu dia tak nak benda ni installed dalam komputer sendiri?!
Si Puaka dengan aku continued bertekak. Consultant tu diam je tengok. Si Puaka cakap, "When did I refuse to install this system? I told the IT guy that I was busy and to do it later. I was busy with business plan last week." KEPALA B***H dia! Aku memang dah tahap jerkah, tinggi suara dah jawab, "Everyone was busy and the installation just take few minutes. And the installation was not done last week. It was done last month before raya!" Si Puaka suruh aku panggil IT guy tu dan tak pasal-pasal mamat tu kena buat report, bila dia approach Si Puaka nak install sistem tu, pastu apa yang Si Puaka cakap, pastu did the IT guy come back to reapproach him. Tak pasal-pasal kena buat report.
Settle bab tu, bab lain pulak. Aku mula nak argue lagi lah. Sekarang ni, asal aku bercakap dengan Si Puaka je memang tahap nak bertekak je. Aku rasa kalau dia tegur aku tanya "how are you?" sekalipun, aku akan maki dia turun temurun anak beranak, aku rasa. Sampai one point tu dia tak boleh nak jawab soalan aku, Si Puaka cakap, "If you want to continue arguing, I am not interested." Aku pun jawab balik, "Fine! I'm also not interested to talk to you" dan aku blah keluar dari bilik Si Puaka.
Itu bad story about me and Si Puaka tonyok tu.
The good story is that one of the current SVP yang soon will be promoted to Director jumpa colleague aku dan cakap kat dia, kalau kitorang (colleague aku dan aku) nak join his team, just let him know. Colleague aku cakap tanya jugak, isn't it difficult to transfer internally especially dengan department aku yang dah dua orang resigned ni. Then, that guy cakap, "don't worry, I'll make it happen" which aku percaya sebab he's gaining ground and trust from the MD as compared dengan Si Puaka aku yang ulat taik pun tak sanggup tengok muka dia.
Anyway, aku tunggu je lah before making the next move.
Have a good and perut boyot weekend (banyak open house ni), everyone!
Ehh cerita pasal open house, kan? Sorang colleague aku yang tinggal sehari dua je before he leave the company buatlah open house this Sunday. Pastu boleh ke Si Puaka cakap kat colleague aku ni yang sekarang ni banyak sangat orang buat open house. Semuanya nak menunjuk-nunjuk rumah diorang besar, banyak duit. Colleague aku pissed off gila, memang p**i*ak betul Si Puaka ni. Tau lah dia tu muka buruk, perangai macam anjing kurap, kedekut taik babi. Oppsss... Dia tak nak buat open house, tak payahlah kondem-kondem orang lain.
Sabar, sabar. Enjoy the weekend, next week gaduh lagi.
Saturday, October 25, 2008
Is good, is bad...
Posted at 2:45 AM 4 comments
Thursday, October 23, 2008
"Bangun Fahri..."
It is already middle of the week. Nothing happened, yet.
In the beginning of the week, my facebook status says that I am "hoping for a or some good news this week, apa-apa aje lah..." There is still no good news. At times, I feel like giving up. At times, when I am all alone, I feel like the world is closing in on me. Feel like there is no more second, or actually XXth chance for me. Maybe this is not the best place for me. The current situation is not something I’m wishing for. But deep down, I am still hoping and will continue to hope even if it takes me weeks, months, years or my whole life.
"Bangun FahriDeo! Allah sedang berbicara dengan mu supaya kamu tidak sombong!" (from Ayat-Ayat Cinta the Movie)
I’m still confident that Allah is still listening to my prayer, that He knows what is best and what is not for me at this moment and when is the best time to deliver me the good news. Neither I will break down nor I will stop praying to Allah. As what Nabi Yusuf a.s. prayed to Allah swt and said. "O Allah! The situation I am involved in is worse than suffering the horrible dark prison. If you do not save me from Aziz's wife and the other Egyptian women (putting me in the prison), I may go astray and lose my dignity and be one of the sinners (instead of being closer to Allah)." The merciful Allah swt answered Yusuf's prayer and saved him from a great disaster (by putting him in prison).
(from Kalam I.A.R.…
"Jika bukan ditentukan untuk kita walau bagaimana kita berusaha, kita tidak mungkin akan memperolehinya. Tetapi, sebagai manusia kita perlu berusaha sebaik mungkin untuk membuktikan kita merasakan Allah swt Maha Melihat, Maha Mengetahui, Maha Mendengar apa sahaja yang dilakukan, dipohon dan diharapkan oleh hambanya.
Ada yang terbaik di atas segala apa yang telah ditetapkan oleh Allah swt, walaupun kita merasakan itu sesuatu yang buruk. Kita perlu beristighfar dan berusaha untuk memperbaiki dan mengembalikan apa sahaja kepada Allah swt. Kadang kala kejayaan itu telah begitu hampir milik kita namun akhirnya kegagalan yang telah kita terima. Maka, jika kita telah berusaha bersungguh-sungguh, kita perlu akur terhadap segala kententuan Allah swt.
Tiada siapa yang boleh mengambil rezeki yang telah ditentukan oleh Allah swt dan tiada siapa yang boleh menambah rezeki yang telah dikurangkan oleh Allah swt. Allah swt yang maha mengetahui mempunyai cara untuk menguji hamba-hambanya untuk melihat betapa manusia akan berserah dan berharap hanya kepada Allah swt."
(special credit to Ombak Hijau for the inspirational entry and for always giving me the strength to live life by looking at the brighter side and continue to pray to Allah)
Posted at 2:24 AM 8 comments
Wednesday, October 22, 2008
The car and the donuts
Untuk pengetahuan korang, terdapat istilah donut dalam pemanduan kereta. Tapi bukan dalam pemanduan biasa. Kalau korang biasa tengok drift, yang diorang drift buat bulatan berpusing-pusing tu, dipanggil donut. Tapi, aku bukan nak cerita pasal drift.
Semalam, aku puasa enam hari kelima. Dan aku tak bangun sahur. So, faham-faham je lah. Jam 10am je perut aku dah meracau-racau. Kalau korang lekap telinga korang kat perut aku, nescaya korang akan rasa perut aku seperti ditendang-tendang dari dalam. Heheheh...
Dan seawal 11am jugak, kepala dah menerawang fikir nak makan apa untuk berbuka. Dasar, kan? Time puasa je, galak fikir pasal makan. Dan entah macam mana aku terfikir dan teringin sangat nak makan donut Big Apple. Bukan J.Co, bukan Dunkin Donuts, bukan mamak roti donut, tapi Big Apple. Luckily lah JB ni tak seulu Sintok, ada lah satu outlet Big Apple....
Dengan keteringinan (teringat lagu Shima, Teringin) aku nak makan donut Big Apple, aku pun terpergi ke Tesco Extra Plentong. Tapi keterpergian aku tak semudah dijangka. Payah rupanya nak makan donut Big Apple ni. Aku rasa adalah sesusah parcel kuih raya Yam yang berbulan-bulan nak sampai New York sebab dia hantar ikut kapal laut. Itu belum kira kapal tu kena hijack lagi tu. Ekekekeke...
Anyway, aku start je enjin kereta aku, dahhh radio tak menyala, power window tak boleh turun, air cond out. Adehhh buat hal lagi. Sebenarnya dah kena dah Jumaat lepas. Aku suspect battery aku yg dah 2 1/2 tahun tak berganti tu nak kong. Tapi ok je lagi aku start takde masalah, aku redah je lah sementara nak tunggu weekend ni balik SA nak servis kereta sekali.
Aku pun redah je dalam hangat tak beraircond tu. Nasib cuaca tak panas. Dalam pada tu, aku mintak janganlah hujan. Sekali hujan turun jugak. Habis! Dah le wiper gerak 5km/jam je. Nasib laaa hujan turun dalam 35 titik je. Legaa... Dan aku pun calling-calling lah mekanik peribadi aku, mekanik Pak Abu, mekanik Zahri dan mekanik Tengku Din mintak pendapat dan pandangan terhadap masalah aku.
Haa... ambik, tiga orang mekanik peribadi aku ada. Tapi, semuanya kat SA. Yelah, di mana kan ku cari ganti, mekanik yang sungguh berdedikasi, menjaga keretaku seperti kereta diorang sendiri dan kalau time susah hati, boleh juga diorang hiburkan hati. Bagus mekanik-mekanik aku ni. Bukan setakat jaga kereta aku je, dengan jiwa aku pun diorang bela. Hahahaha...
Sampai di workshop, aku dah berkira-kira nak tukar battery dalam RM200++. Rupanya alternator fuse terbakar. Terbang RM30 je. There goes duit raya anak-anak Geng Reban untuk gathering raya Ahad nanti. Hehehehe...
Waktu tu dah 7.30pm, aku tak berbuka puasa lagi. Tapi, semua ni tak mematahkan semangat aku nak mendonut Big Apple. Dan akhirnya, sampai juga aku ke Tesco Extra Plentong dan ku tapau setengah dozen donut. Tapi takkan makan donut je, kan?
Aku pun ke Mengkuang Kopi. Tempat dia ok, bersih. Even you can see the kitchen and cooks cooking while dining. Lepas tu yang agak uniknya, sudu, garpu dan chopstick dicelupkan dalam satu bekas berisi air. Lepas order makanan, diorang akan amik bekas tu dah replace air dalam bekas tu dengan air panas. So, macam terjamin laa kebersihan sudu, garpu dan chopstick tu. Aku makan ni...
Nasi Goreng Mengkuang Special. Nasi goreng dengan ikan goreng. Boleh? Tempat lain mana ada?
Dan supper serta sahur aku makan ni...
Sambil menghirup teh O panas. Slurrrpppp..... aaaahhhh.... nikmatnya.
Dan, esok aku raya!!!
Posted at 10:00 AM 4 comments
Monday, October 20, 2008
Sesubuh in Larkin
Aku kat bas stand Larkin ni. Baru tiba dari SA jam 4.30am. Dalam tidur aku, tak sedar laju juga driver bas tadi besit (betul ke perkataan besit ni?). Dari SA jam 12.30am plus two quite lengthy stops, one kat R&R and one kat Yong Peng, still boleh tiba sejam lebih awal dari ETA.
As usual, aku tidur je lah sepanjang perjalanan. Even dekat the two stops tu pun aku tak turun. Cuma tidur aku dalam bas tadi agak terkegangguan. Sejuk amat! Walaupun lubang a/c dah tutup, aku dah bersweater, still sejuk menusuk-nusuk tulang aku ni.
Nak kata aku kurus dan lemak tipis, dah tentu tidak. Hmmm... faktor usia mungkin? So, next time aku naik bas, nampak gayanya kenalah aku keluarkan winter jacket aku yang dah 10 tahun tak dipakai tu. Hehehehe...
Plannya, tiba di Larkin aku nak sarapan pagi atau sahur sebab cadangnya aku nak sambung puasa enam aku, baru dapat tiga hari je. Blame it on the open houses. Hahaha. Then, take a cab to office dan mandi kat office je lah. Tapi since dah terawal tiba ni, aku breakfast je lah dulu dan lepak dulu kat bas stand ni, looking the world goes by. Heheheh...
Best gak lepak sini tengok orang lalu lalang, meneruskan kehidupan seharian. Ada yang menarik/memikul beg. Yang baru turun bas pun, dengan rambut kusut masai dan taik mata bertempek. Aku? Aku sebelum turun bas, dah touch up dah, buang taik mata siap.
Yang driver teksi siap tunggu orang turun dari bas, mencari penumpang. Yang mencari penumpang ke KL pun ada seawal pagi ni, terjerit-jerit "KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL" yang keluar masuk public toilet pun ada. Apa kejadahnya? Sakit perut mungkin. Ataupun skodeng?!
Yang terlentok macam-macam gaya sementara tunggu next journey, sampai tak sampai hati aku nak amik gambar. Ekekeke... Yang duduk sebelah aku sekarang ni, tengok dari jauh sebijik macam awek. Tapi bila tengok lengan berurat dan bila dengar dia berbicara, ya ampunnnnn macam Wak Martopo bunyinya.
Aku rasa best jugak kalau bila-bila aku tak balik KL/SA, aku lepak kat bas stand Larkin ni, macam Secret Garden orang kat New York jadinya. Hehehehe... tapi kalau time subuh hening macam ni, ok lah. Kalau dah siang sikit tu, panas dan stuffy gila. Tapi time subuh hening, baik aku beribadat je kat rumah. Errr... tidur pun boleh jadi satu ibadat, kan?
Posted at 5:56 AM 3 comments
Saturday, October 18, 2008
Entry jiwa kacau
Minggu lepas yang kacau, jiwa aku kacau, berkacau-kacau, dikacau-kacau dan mengacau-ngacau. Pantang je ada yang mempersoalkan perbuatan, pergerakan aku, tanya lebih-lebih sikit, siaplah kena sedas dua dengan aku. Khamis lepas yang kacau pulak, ada farewell dinner yang tak berapa kacau untuk dua colleagues aku, sorang dah start kerja di tempat baru dan sorang lagi menghitung hari-hari yang kacau sebelum ke tempat kerja baru.
Hari Khamis juga, baru nampak batang hidung tonyok si Puaka kat JB. Oooo... ingat jugak nak datang ofis JB. Lepas company bagi kau relocation allowance RM2,500 sebulan + 10% of basic salary sebulan on top of 1.5x monthly salary for moving allowance, kau sedappp je dah berapa punya lama kau tak datang JB, kau duduk kat ofis KL. Dekat KL, kau claim lagi RM160/day untuk outstation allowance dengan private lodging. Itupun datang hari Khamis tu sebab ada farewell dinner dan company buat open house hari Jumaat lepas. Pundek lah si Puaka tonyok.
Farewell dinner hari tu, banyak gelak je, sebanyak makan. Tapi kitorang yang geng-geng lelaki tak duduk sekali dengan si Puaka. Dekat meja makan yang bercantum-cantum tu, there was one group lelaki kat hujung sebelah sini, then one group perempuan kat tengah, then si Puaka duk sorang dia kat hujung sebelah lagi satu. Terkulat-kulat dia tengok kitorang, sekejap-sekejap kitorang ketawa macam setan.
Gelak-gelak macam setan pun, deep down dalam hati aku, jiwa aku kacau sebab dua orang colleagues aku berhenti. Ni semua si Puaka tonyok punya pasal. Memang diorang dua orang tak cakap si Puaka tonyok tu sebagai alasan untuk berenti kerja. Ada lah sebab-sebab lain, tapi memang si Puaka tonyok tu yang jadi catalyst. Tonyok sungguh laa...
Aku sekarang ni, kalau si Puaka tonyok tu panggil aku nak tanya apa-apa, aku takde dah duduk kat kerusi mengadap dia. Instead, aku berdiri je kat pintu ofis dia, sebelah kaki dalam ofis, sebelah kaki kat luar ofis.
Entah, kacau saje jiwa aku sepanjang minggu lepas.
Hari Jumaat, aku balik SA naik bas dari JB jam 5.30pm. Jam 10.30pm baru tiba di Seksyen 17, SA. Dua kali berentinya sekali dinner kat Machap, restoran cina. Siap kalau customers order something, contohnya nasi tambah, akan diumum kuat-kuat ikut speaker, "Nasi tambah meja 2." Kacau, kacau. Then berenti lagi kat R&R mana tah. Hampeh, aku nak cepat tiba. Sampai di SA, takde teksi langsung. Kacau, kacau. 45 minit jugak aku tunggu baru ada sebijik, tu pun kena kongsi dengan passenger lain yang nak ke destinasi lain. Kacau, kacau. Nasib baik dihantarnya aku dulu.
Dah sampai di apartment aku, main switch pulak trip. Kacau, kacau. Kepam laa peti ais aku, terpaksa aku buang segalanya. Nasib tak banyak sangat khazanah dalam peti ais. Terpaksa buang segala-galanya, senang cerita. Bila nak mandi, mentol bilik air pulak terbakar. Kacau, kacau. Mentol spare pulak takde. Kacau, kacau. Mandi lah aku dalam gelap, nasib tak tersilap gosok kat tempat lain, kalau tak kena 'mandi lama-lama' dalam gelap. Kacau, kacau.
Hari ni, jam 3pm baru aku keluar nak cari makan tengahari. Berkenderaan skuter aku je, elok je aku masuk lorong motosikal federal highway nak ke Subang, hujan pun turun. Kacau, kacau. Lenjun aku jadinya. Tapi aku belasah juga nasi kandar utara lenjun lenjun pun.
Apa lagi yang nak kacau pun, aku tak tau laa... harap-harap minggu depan aku kena kacau lah, dengan sesape yang nak panggil aku gi interview kerja ke, best jugak kan?
Posted at 6:30 PM 5 comments