Thursday, October 09, 2008

Yang meng f***-up dan f**-up kan


Yang mengf***up kan. Memang bangang polis ni. Tiga hari buat road block lepas jambatan Permas Jaya tu. Tutup satu lorong, which means taking no less than 30 minutes to cross the bridge. Aku tak tau lah operasi apa atau apa yang cuba polis-polis bangang tu buktikan?

To show their prowess, perhaps? Bukannya diorang check pun kereta-kereta yang lalu, takde suluh-suluh ke dalam kereta or what. Diorang just bukak meja kat tepi jalan tempat diorang buat road block tu dan masing-masing duduk kat kerusi.

Yang mengf**up kan. Dah le aku gerak dari ofis lepas Maghrib, dinner dulu baru balik ke rumah. With the stupid road block, aku sampai rumah dekat-dekat jam 11. Tak sempat lah nak tengok drama-drama atau filem-filem Melayu kat TV sempena raya ni (ni semua pengaruh Jijo ni...)

Tapi hari ni, tah polis dah bijak sikit kot. Dah takde road block dah. Aku sampai rumah before 9pm dan sempatlah aku nonton filem Melayu, Qabil Kushri Qabil Igam. Tahpahapa tah ceritanya, tapi itu je yang ada. Gasaklah... Tapi aku tak suka laaa sebab nama villain tu sama dengan nama aku pulak.

Alaaa... aku tak tau nama sebenar pelakon yang jadi villain tu tapi watak dia yang kahwin dengan Karisma lepas Igam tak jadi kahwin. Yang jadikan Karisma isteri nombor dua lepas tu suka pukul-pukul Karisma. Last-last dia bunuh Karisma. Ish... kuat pulak pengaruh Jijo ni ke atas diri aku. Malam-malam Jumaat ni, baiklah aku buru cicak baca Yassin ke.

Tapi tu lah, aku tak suka sebab watak orang jahat tu nama aku. Ada ke nama villainnya diorang letak A*rul?! Letaklah Karim ke, Ali ke, Komeng ke.... itu baru nama-nama villain tu. Takpun Jijo ke, ekekekek. Ehh Jijo tu sesuai dengan watak budak nakal kecik-kecik menyorok dalam semak skodeng budak-budak perempuan mandi, pastu ketawa-ketawa. Hahahaha...

Lagi satu yang fedupnya, selera makan aku tak berkurang-kurang ni. Macamana nak kuruskan sikit badan aku nih. Esok nak start puasa enam lah sebab tak ramai orang kat ofis, ramai yang balik KL buat meeting sana. So, tak ramai lah yang dok nak mengajak pergi makan tak reti-reti bahasa perut tu nak rehat. Hahahaha...


Tuesday, October 07, 2008

Tentang masa depan: Projek Takbir


Kadang-kadang ada betulnya bila orang lain tengok life aku macam takde hala tujuan, takde major achievements or breakthrough, especially bila aku bertukar-tukar kerja, berpindah randah sana sini dan 'belum settle down'. Tapi kadang-kadang orang lain ni gagal to see the bigger picture, diorang gagal lihat benda-benda yang aku buat sekarang ni kalau dicantum-cantumkan akhirnya akan jadi one hell of an achievement later, 10 atau 20 atau 30 tahun dari sekarang.

Siapa tak punya impian, cita-cita, harapan? Aku pun punya semua ni, macam-macam... kadang-kadang tak masuk akal pun ada. Tapi kebanyakannya, apa yang aku ingin capai, ke mana arah tujuan hidup aku, etc etc bermain dalam kepala otak aku je, takde yang ditulis di mana-mana atau dipahat atas kayu atau ditulis di belakang tempat duduk dalam bas macam tulis "I wuz ere..." Dan bila benda-benda ni semua duduk dalam kepala otak sendiri je, senanglah nak menyimpang, nak lari dari tujuan asal, lari dari landasan sebenar.

Jadi, sempena hari baik 7 Syawal 1429 Hijrah bersamaan 7 Oktober 2008, aku nak lancarkan projek peribadi aku, projek jangka masa pendek yang Insyaallah akan mencorakkan masa depan dan hala tujuan hidup aku (more like putting it on paper, instead of just wildering in my head). Sebagai seorang Program Manager, setiap projek kena diberi nama, diberi codename. So, aku namakan projek aku ni sebagai Projek Takbir.

Kenapa Projek Takbir namanya? Tak ada sebab yang konkrit sangat pun. Cuma disebabkan projek ni aku ilham dan lancarkan dalam bulan Syawal di mana kita bertakbir untuk menyambut kemenangan selepas berperang dengan nafsu selama sebulan di bulan Ramadhan. Insyaallah upon completion of this Projek Takbir, aku akan anggap ia satu kemenangan kecil untuk aku dan hidup aku.

Aku tak nak beritahu details about this project. Tapi korang boleh tengok overview (draft) of this project as diagram below:



So, projek ni Insyaallah akan berlangsung sehingga November 2011. Ada 3 milestones, namely Tasbih, Sajjadah I and Sajjadah II. Tasbih is pretty easy as it doesn't involve many people. Mungkin aku sorang and the rest are third parties. Sajjadah I is quite big, as it involves more people (2nd and 3rd parties) while Sajjadah II lagi ramai kot (yang tak kena mengena pun nanti sure nak menyebok jugak lah).

The 4Ms: Man, Machines, Method, Money. Man, as mentioned in the above paragraph. Machines - hmm... this will be handled by the third party most of the time. Method - will be determined during the progress of the project. Money - in current value and high-end estimate will be somewhere around RM50K, 20% for Tasbih, 30% for Sajjadah I and 50% for Sajjadah II. Returns - financially, aku rasa maximum boleh pergi pun dalam 5% of total cost. Non-financial, beyond my imagination, infinity?!

Korang boleh continue guessing and 'gersang'ing for answers. But, sorry aku tak boleh reveal details. Ye laa mana tau usaha aku ni hangat-hangat taik ayam je, kan? Kalau korang tak tau details, nanti boleh le aku adjust mana-mana yang patut supaya aku boleh cerita kat korang yang aku accomplished mission aku, walaupun sebenarnya tidak. Heheheh... tapi kalau dalam interface korang dengan aku kat mana-mana, mungkin aku ada bagi hint-hint kat korang, tu korang kena tangkap sendiri lah ye.

Lagipun buat apalah korang nak buang masa fikir pasal projek aku ni? Korang kan banyak hal/benda lain nak difikir. Macam nak siapkan lecture notes, nak marking exam paper, nak fikir macam mana nak buat PhD, fikir nak masak apa hari ni, nak cari lemang kat mana time-time tengah mengidam nak makan lemang lepas raya ni. Tapi, kalau korang nak fikir jugak, korang fikirlah sesambil korang mencabut rumput di laman rumah pun ok jugak. Takde lah terasa sangat lenguhnya pinggang dan panasnya mentari time mencabut rumput tu.

Buat masa ni, business (aktiviti harian aku) will be as usual. Cuma aku akan progressively add mana yang kurang dan eliminate aktivities yang tak selari/diperlukan during the course of this project. Blogging wise, mungkin aku akan tulis/type entries yang related to this project sahaja atau mungkin aku tutup je blog ni. Heheheheh...

So, aku harap korang doakan yang terbaik untuk aku. Ditunjukkan dan dipermudahkan jalan dan cara untuk aku accomplish projek ni. Doakan juga untuk kesihatan aku to last at least until this project ends. For the time being, aku nak turunkan berat badan aku sikit dan buang lelemak dalam badan ni.


Sunday, October 05, 2008

Raya conclusion


By the time korang baca entry ni, mungkin aku tengah drive balik ke Shah Alam dari Ipoh. Atau mungkin aku tengah lepak-lepak minum atau makan tengahari dengan kawan-kawan aku. Esok (Selasa) baru aku gerak balik ke JB. Itupun selepas seround lagi melepak dengan kawan-kawan. Well, kawan-kawan aku kat Shah Alam je yang boleh hiburkan hati aku...

Bukan main lagi tajuk entry aku ni. Padahal, baru ada satu entry je pasal raya sebelum ni. Tup tup dah ada conclusion. Heheheh macam buat drama takde budget. Takdelah nak diconclusionkan sangat pun. Biasa je raya ni. Maaf-bermaafan, kunjung mengunjung, hulur menghulur, laram melaram setakat dua tiga helai baju dan seperti biasa aku jadi macam ahli panel forum soal jawab mencari jodoh.

That's all about raya.

--------------------

Dulu-dulu:
Kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan.

Sekarang-sekarang:
Kera dihutan disusukan (dengan susu full cream milk), anak di rumah pun disusukan juga (dengan susu low fat milk).

Nak jaga kesihatan anak di rumah, mungkin?

--------------------

Raya tahun depan, kalau aku ada kat somewhere in Middle East pun best jugak kan? Amiiieeennn.... (mode applying Law of Attractions nak beraya kat Middle East tahun depan)


Friday, October 03, 2008

Tentang beraya sakan


Ni aku nak update sesikit pasal raya. Beraya sakan ke aku tahun ni? Setakat first and second raya, biasa je aku rasa macam tahun-tahun lepas. As raya for me is more about family affairs, so aku mengikut je lah ke mana arah tujuan mak dan pak aku nak pergi. Takde lah sangat plan aku nak ke rumah kawan-kawan. Ye lah, the rest of the year, aku rasa aku banyak jumpa kawan-kawan daripada family members. Hiks! Dan seperti biasa juga, raya is about ketupat-ing, lemang-ing, rendang-ing, air gas-ing, tidor-ing.

Dan semalam raya kedua was all about laksa-ing. Ohhh... Sebagai hantu penggemar laksa, aku sungguh menyokong rumah-rumah terbuka yang menyajikan laksa sebagai hidangan. Kalau korang cakap je korang buat open house, ada menu laksa, memang aku cancel semua date aku yang lain. Ekekeke... bukan aku je yang hantu penggemar laksa, satu keluarga aku minat (emmm... Pak minat tak?). Tengok ni gaya anak-anak buah aku menghantam laksa. Anak buah sapaaaa laaa ni? Hehehehe...


Raya pertama, kitorang beraya di rumah je pagi tu. Melayan tetamu-tetamu yang hadir. Aku pun bertungkus lumus lah di dapur (sebagai anak bujang harapan sebab dah takde anak dara harapan lagi...). Korang tengok, sampai terlondeh samping aku dibuatnya. Hehehe...


Then, petang tu off kitorang ke rumah Opah aku di Grik. Spent a night there. The next morning, lepas aksi separa lucah jangan pandang atas (bukan aku) memanjat pokok jambu dengan memakai kain pelikat,



kitorang gi kubur arwah To'ki aku dan off ke Padang Rengas ke rumah Pak's twin brother dan rumah sedara-mara di sana.


Duit raya?
Masih tak berapa luak lagi ni sebab takde jumpa sangat sepupu-sepupu aku yang kecik-kecik kat rumah Opah. Tak ramai yang balik tahun ni. Dan aku pun dapat juga duit raya tahun ni. Kayo pakcik kayo, dah tuo bangko pun dapek duit rayo! Hehehe pakcik dapek RM enam ratuih duo puluh limo, kerajaan Malaysiaaa bagi. Pakcik bersyukur laa dapek duit rayo tahun ni, dah dokek sepuluh tahun, takdo sesiapo beri duit rayo kek pakcik ni haa...

Itu je lah buat kali ni. Aku kat cyber cafe ni, tak boleh nak upload gambar through BlackBerry. Perut pun dah lapar ni. Hmm... macam manalah tarbiyah sebulan Ramadhan ni, baru jam 9.30am perut dah lapar... Hehehehe. Lemang dan ketupat dan rendang yang dah digoreng kering pun sedia menanti di rumah.

Ok, selamat hari raya sekali lagi...



Wednesday, October 01, 2008

من العائدين والفائزين

(entry-entry baru, ada di bawah kad raya ni ok...)



Minnal 'Aidin Wal Faizin


kepada semua pembaca-pembaca dan pengikut-pengikut Ada Ada Saje...
terutamanya kepada sanak keluarga (also to my sis-in-law's colleague who never failed to update my sis-in-law everything I write here),
kawan-kawan dalam Yahoo! dan Gmail address book aku,
kawan-kawan dalam facebook aku,
kawan-kawan dalam YM, Skype aku,
Joe Perantau dan geng-geng seantero reban,
my office mates and colleagues yang happened to know this blog (aduuhhh kantoi!),
ex colleagues when I was working in Jln Pantai Baharu, KL (especially ombak, meg, joq, tg muneer, ex-boss imri and may), Cyberjaya and
in Menara Boustead, Jln Sultan Ismail,
my beloved ex-bosses and friends in Proton - those who are still there and who have left,
my fellow brothers from Ahmad House, Idris House, Mohd Shah House and last but not least Sulaiman House ,
ADP2 PPP/ITM Section 17/18 friends - who blogs and who doesn't,
Mas Adiwibowo and Mbak Nina in Jakarta, Om Hidayat in Jogja/Adelaide,
fellow bloggers who link my blog to theirs, and
to anyone who knows me in any way.


Maaf Lahir dan Batin.

Kepada yang bermain mercun, berhati-hatilah ketika bermain mercun. Jangan kudungkan jari anda suapaya anda masih boleh taip url blog ni dan click pada link blog ni. Kesian kan lah jugak kepada doktor-doktor macam jinggastudies, diorang pun nak beraya. Kepada yang memandu ke mana-mana destinasi pun, berhati-hatilah ketika memandu. Jangan jadikan katil/wad hospital sebagai tempat korang mengakses blog aku ni.
Semoga Syawal ini membawa seribu keberkatan dan membawa sinar kebahagiaan kepada seisi keluarga.


Related Posts with Thumbnails