Friday, May 29, 2009

Today, mood raya wa begins


Haa... Termood raya pulak aku hari ni. Kalau dah sampai kat Shah Alam, macam-macam mood boleh mari kat aku. Kalau kat JB tu, nak sebut mood pun takde mood. Mood raya? Ha ha haa... Ye laa... Geng-geng perempuan aku dah start berkira-kira sempat ke tidak, sempat ke tidak nak ganti puasa. Tahpahapa kan? Setakat 7 hari nak ganti pun payah sangat, nak tunggu last minute jugak.

Aku ke Plaza Alam Sentral tadi. Tujuan asalnya nak cari tiket konsert Search. Bila aku dah kat kedai yang jual tiket tu, dia kata lebih baik beli online. Dapat diskaun. Kalau beli kat kedai tu ada handling fee RM10 setiket. So, aku beli online je lah.

Kebetulan kalau nak ke kedai jual tiket tu kena lalu ikut kedai Nagoya. Dan tah macam mana, kaki aku menonong je melangkah masuk ke Nagoya. Dan mulut aku menonong je tanya salesgirl tu kat mana bahagian kain baju melayu. Damn! My mind was controlled by my legs and mouth. Ha ha haa...

So, mata aku tertancap kat seksyen kain yang ala-ala thai silk, yang bertukar warna kalau pandang dari sisi berlainan. Tah macam mana nak explain ni. Anyway, hari tu waktu sembang-sembang pasal tema warna baju raya tahun ni, aku ada laa cakap yang aku nak try light purple lah tahun ni. Tapi, bila aku tengok kain warna purple je, macam tak sampai hati.

Tak sampai hati aku nak pakaikan badan aku ni dengan baju warna purple. Macam tak kacip dengan jiwa aku. Macam jiwa kacau. Macam tak kuasa aku nak purplekan diri aku di pagi raya. Ha ha haa... janganlah aku dapat isteri yang gilakan purple, habis jiwa aku dipurplekan nanti. Aku terminat satu warna biru ni, biru turqoise. Tapi takkanlah asyik-asyik biru je kan?

In the end, aku terambik laa kain warna light green ke cream-creaman. Tak tahu aku nak describe macam mana. Tengok je lah gambar ni, ini pun tak berapa jelas warnanya. Sape-sape yang nak sedondon dengan aku, bolehlah beli warna ni ye. Ha ha haa...


Elok juga laa aku dah beli kain ni. Sebab last year nak jimat punya pasal, aku beli baju melayu dah siap kat Nagoya yang murah punya. Tak puas aku pakai baju tu, macam nak buat kain buruk je sebab kualiti kain dia macam tak kemas bila dipakai, macam lembek, macam menggelebeh.

Biasanya aku beli siap dah kat Jln TAR, tapi bila aku kat Johor, bila masanya aku nak ke Jln TAR tu nanti dah dekat-dekat nak raya. Pastu, dah le harga dekat RM200, dah dekat-dekat nak raya, kena ambik je lah warna apa yang tinggal kan? Hmmm... cma masalahnya, kat mana laa nak aku tempah baju melayu ni? Aku bukannya ada a trusted tailor. Tak macam aku ada a trusted mechanic, trusted launderer, a trusted dentist, a trusted cobbler and a trusted barber.

Jangan sampai tak berjahit dah le kain aku ni... ataupun janganlah tersiap awal baju melayu aku ni, ada yang aku berbaju melayu gi tengok konsert Search nanti nih...


Wednesday, May 27, 2009

Paint the town blue and garnet today and many days more!! Ha ha haa!!!


Tak masuk akal tajuk entry siap ada "ha ha haa!!!"

So, malam ni (or pagi buta hari Khamis) ada Champions League final. Guess which side I'll be rooting for?!


Ha ha haa!!!

Paint the town blue and garnet!!!

Go Henry!
Go Barca!


==
Aku boleh support MU kalau, and only if, aku jadi player MU, main Champions League final, pastu jersey yang Henry nak bukak tu dia swap dengan jersey aku! Ha ha haaa...


I had a quickie today


Since aku dah gosok baju kerja aku malam tadi, that means aku ada 15 minit extra pagi ni. Since aku ada 15 minit extra pagi ni, that means aku siap-siap mandi dan berhias semua jam 7.45am, normally jam 8am. Since aku dah siap-siap mandi dan berhias semua jam 7.45am, I decided to have a quickie. Maksud aku, a quick breakfast! and a simple one too.

Two slices of white bread, a slice of cheese and a toaster. Jadilah, cheese sandwich. Though it is quick and easy to prepare, it is still not my favorite breakfast. Bukan makanan sarapan kegemaran aku! Ye laa, kalau nak buat sarapan kegemaran aku, mau aku masuk jam 12 tengahari ke ofis, nak tangkap then siang udang lagi, nak petik, kukur dan perah kelapa lagi. Nak buat nasi lemak sambal udang, bukannya senang, kan?

Berbalik kepada makanan sarapan kegemaran tadi.

Kelmarin, aku tertengok satu drama melayu ni kat tv. TERTENGOK, okay?! Tertengok pun sebab it is KRU Production punya drama. Then, it's about bionic man or something. Ok lah kan, lain daripada drama melayu yang melodrama tu macam Jijo selalu dok ulas tu. Tak macam drama Melayu lain yang meeting Board of Directors macam takde stress, macam tak payah stay back sampai tengah-tengah malam the day before nak siapkan presentation. Bongok!

Since aku expect drama KRU ni ada unsur sains fiksyen dan futuristik, aku pun tertengok laa... Dia pasal ada sorang mamat ni involved in accident, pastu dah takde harapan nak hidup. Then, bapak dia seorang scientist gunakan mamat ni jadi bahan eksperimen untuk kajian dia. And it works. Cuma mamat ni now live as a robot, a bionic man. Tapi bila dia gerak-gerakkan tangan dia ada bunyi laa.. bunyi macam transformers tu... so mamat ni tension laa. Dia kata lebih baik dia mati daripada hidup as a robot.

Satu hari tu mamat dia baru boleh keluar dari makmal dan balik ke rumah. Sampai di rumah, dia tak nak laa makan or minum or anything sebab dia tension jadi robot. Nak makan pun asyik bunyi macam transformers je kan? Ha ha haaa.... so dia terus masuk bilik tension tension.

The next morning tu dia keluar lah dari bilik. The family was having breakfast. Pastu ada satu dialog mak dia cakap, "Nik... marilah minummmm.... Mak dah siapkan makanan (sarapan) kegemaran Nik.... SCRAMBLED EGG....." Dan aku terus tutup tv. Dan rasa nak penampar je penulis skrip drama tu. Ehh c'monlah, dalam banyak-banyak makanan sarapan kat Malaysia ni, takkan lah makanan kegemaran Nik, SCRAMBLED EGG!!!

Tulislah skrip makanan kegemaran Nik, NASI LEMAK SAMBAL UDANG ke takpun makanan kegemaran Nik, LONTONG ke takpun makanan kegemaran Nik, BUBUR AYAM ke... Bengang je aku jadinya. Kalau susah sangat nak masak Nasi Lemak Sambal Udang atau Lontong atau Bubur Ayam untuk dibuat shooting, tukar je laa skrip tu jadikan, "Nik... marilah minummmm.... Mak dah siapkan makanan (sarapan) quickie untuk Nik.... SCRAMBLED EGG....." Haa.. barulah kena gayanya.

Sebab tu laa aku malas nak layan drama melayu. Buat sakit hati je.


Monday, May 25, 2009

Mood tak berapa mari two three four five days ago


Entah apsal sejak balik dari field trip and meeting kat Singapore last Wednesday, mood aku macam tak berapa mari je. Nak memblogging dan nak membuat apa-apa pun macam tak mari, macam tak naik sheh. Nak sms kawan-kawan to wish good luck for football match last friday pun malas. Heh!

Semangatku tertinggal di Singapura pulak kot? Ha ha haa... hari tu dah tertinggal di Shah Alam, a week later aku pi ambik balik kat Shah Alam dan dah ok. Hmmm... nak kena pergi Singapura baliklah ambik semangat aku yang tertinggal kat sana. Yang best that happened last week pun just Kiss punya appearance waktu AI result show (tengok sini). Tu je. Walaupun aku tak pernah minat Kiss, tapi kalau diorang datang perform kat Malaysia, aku rasa aku pergi tengok kot? Hehehehe...

Since entry lepas pasal guli dan kerusi tu, banyak jugak responses yang mengatakan diorang pun pernah dengar guli dan kerusi tu. Bila aku google, hmmm macam betul. Bukan bunyi guli dan kerusi je, kekadang ada bunyi orang drill dinding rumah. Kekadang bunyi orang guna lesung batu.

Haa yang bunyi lesung batu tu aku pernah dengar. Waktu tu, aku pelik laa apsal orang atas ni kat dalam bilik pun nak tumbuk sambal. Kalau bunyi tu kat bahagian dapur tu, kira ok lah boleh diterima akal. Siap ada few times aku ambik batang kayu mop/penyapu, aku tojah-tojah siling bilik aku. Kononnya nak suruh orang atas senyap laa kan? Memang dia senyap lepas tu, tapi tak tau laa apa yang aku tojah tu kan? Mengerikaaaaaaaaannnn....

Anyway, dah semangat aku tertinggal kat mana-mana tah so, tak ke mana-mana lah aku weekend lepas. Walaupun gaji aku masuk Jumaat malam yang membolehkan aku gi shopping ke takpun beli makanan-makanan tak berzat ke ataupun saje-saje je tabur duit kat mana-mana kan. Itu lah dia, semangat tah ke mana-mana.

Dalam pada tu, aku gi jugak tengok movie. Tu pun cadangnya nak tengok on Saturday night, midnight show. Tapi malas nak keluar. So, on Sunday tu since aku nak gi makan kat Jalan Tebrau dan aku kena cross that bloody jambatan Permas, aku terlanjur laa ke Pelangi Leisure Mall. Yang terajinnya pun sebab aku tau kat situ tak payah nak beratur-atur beli tiket.

Just imagine on Sunday afternoon, show jam 4.30pm. Aku takde buat phone booking pun. Aku boleh walk-in untuk beli tiket and get to choose tempat duduk. Banyak lagi vacant seat. Tu yang aku rajin je tu nak pergi tengok movies. So termenonton laa Angels and Demon. Best! Walaupun aku still kena buat homework lepas aku nonton cerita tu. Ye laa aku google sesikit pasal Illuminati semua tu. Jalan ceritanya lebih straight forward daripada Da Vinci Code dulu tu.

Ni masih tak mari mood aku ni. Sampaikan rasa macam nak mintak kerja kat KL je pulak. Berat! Berat!! So, aku apply cuti dah this Friday and next Monday. Hopefully boleh recharge balik.

Ok lah ni gambar-gambar view dari office Singapore aku. Nampak view 'durian' tu. Kalau F1 race kat Singapura memang boleh nampak laa...





Wednesday, May 20, 2009

Yesterday, they talked about guli and kerusi


Dekat apartment aku di Shah Alam. Malam-malam. Dari tingkat atas. Dari jiran di atas aku. Selalu juga aku terdengar. Bunyi guli jatuh ke lantai. Dan. Bunyi kerusi di tarik. Bunyi kaki kerusi kayu bergesel dengan lantai.

Dan. Setiap kali aku dengar. Mesti aku persoalkan. Jiran atas aku. Kenapa laa main guli malam-malam? Dan. Kenapalah kerusi tu ditarik, tak diangkat. Rasa di hati. Nak je aku naik ke tingkat atas. Tanya pada jiran aku. Agar terjawab soalan aku.

Semalam.

Cerita tentang mistik. Di waktu senja. Seorang kawan aku. Banyak kali berjumpa. Katanya, "kalau ada dengar bunyi 'orang' main guli atau kerusi ditarik, itu adalah sesuatu..."

Aku terkedu. Tak pasal-pasal jiran atas aku dipersoalkan. Entah ada entah tidak jiran aku di rumah atas?!!


Tuesday, May 19, 2009

Panas panas panas hari nih...


Panas pulak hari ni...
Lepas seharian hujan semalam...
Nasiblah aku jemur kain di luar...
Dapatlah rangup, hot & spicy kain baju aku tu...

Hot & Spicy...
KFC takde kat Sintok, beb!!!

Hot! Hot!! Hot!!!

Aku tau laa berita pasal Buffalo Bars Pink Lady baru keluar The Star hari ni. Dan ada juga yang gatal pe**s yang google “Buffalo Bars Pink Lady” dan sampai ke blog aku nih….



So, kepada korang yang gatal pe**s dan google pasal Buffalo Bars Pink Lady dan termasuk ke blog aku nih, sorrylah cerita tu takde sini. Kalau korang nak baca pasal cerita tu, click
sini….

Disclaimer: Event Buih Buih Gegar yang aku plan dan privately published kat facebook tu takde kena mengena langsung dengan Buffalo Bars Pink Lady. Nak kena kawtim dengan Majlis Daerah Besut, nampak gayanya nih... Ha ha haaa…


Kebanjiran today...


No no no no... bukan aku kencing atas tilam! Dan bukan juga Johor di landa banjir. Ini kisah breakfast!

I've been avoiding roti canai since 2007 when my cholesterol level rocketed to high risk level. Sejak dari tu, kalau pergi mamak nak makan light-light, aku makan tosey ataupun capati ataupun naan je. Dan baru-baru ni aku berjinak-jinak dengan roti tisu yang setinggi 3 kaki setengah tu. Jenuh siot nak makan roti tisu. Dah le nak menghabiskan roti tisu tu je dah 3 kaki setengah, pastu bila ngap masuk mulut rasa macam tak makan apa, rasa manis-manis je. Rasa macam makan pembalut gula-gula udang yang boleh dimakan dulu-dulu tu. Korang ingat tak gula-gula tu?

Oppss... cerita roti canai balik.

So, sejak 2007 boleh dikira la dengan jari aku berapa kali je aku makan roti canai ni. Selain daripada kedai mamak yang sedap roti canainya, aku tak berapa gemar makan roti canai kat kedai melayu agaknya yang mamak pijak-pijak tepung roti canai dengan kaki diorang yang berbulu-bulu berpintal-pintal tu yang sedap tu kan?. Salah satu sebabnya, kedai melayu serve roti canai dengan kuah dal, which aku prefer makan roti canai dengan kuah kari ikan.

Tapi, ada satu je kedai Melayu yang aku boleh terima roti canai yang diorang serve dengan kuah dal. Nama kedai tu Brutal cafe kat Taman Alam Megah, Seksyen 27 Shah Alam. Dan last two weekends, aku lepak dengan kawan-kawan aku sambil makan roti canai Brutal yang lembuuutttt je. Nama kedai je Brutal tapi pekerja-pekerjanya baik hati, bersopan santun, termasuklah roti canainya yang lembuuuuttt je.

Ahad malam yang lepas, aku ke Jusco beli Nestle yogurt drink. Sejak aku meng'banned'kan kedai Kerala yang aku rasa serve one of the best manggo lassi, aku terpaksalah minum Nestle yogurt drink je sebagai melepaskan rindu kepada manggo lassi. So, ada promotion buy 3 yogurt drinks, get 3 Nestle yogurt. Aku pun pantang ada benda-benda free ni, aku angkat laa kan. Pernah ada sesekali tu, aku beli ubat gigi tak ikut brand apa tapi ikut apa hadiah yang ubat gigi tu bagi. Ha ha haa... tapi aku tak pernah laa collect pinggan free Daia ke Lion ke...

Walhal aku ni bukanlah penggemar ataupun reti sangat makan yogurt yogurt ni. So, dah dua pagi aku breakfast dengan yogurt. Yogurt yang free tu... aku ingatkan boleh le tahan perut aku makan yogurt je sebagai breakfast. Hmmm... jauh dari sangkaan. Sempatlah perut aku terasa penuh selama 25 minit je dalam perjalanan ke office. Sampai je kat office, mulalah meracau balik perut aku ni. Aku tak paham laa macamana orang makan yogurt ni, apa faedahnya? Boleh mengenyangkan ke? Pelik.

Pagi tadi, aku teringat laa pulak nak makan roti canai Brutal. Tak ke parah? Kena balik Shah Alam nak makan roti canai je tu. Kalau aku ada helikopter peribadi, memang aku dah pergi dah breakfast kat Shah Alam. Ha ha haa... So, aku try lah order kat satu kedai kat office aku ni. Jarang sangat aku makan kat situ, cuma nampak kuali roti canai je. Aku tanyalah dia, "roti canai ada?" Dia kata, "ada!" sambil menggolek-golekkan kepala dia. Aku pun order, "roti kosong banjir bungkus satu!"

Dan sempat pulak aku tanya dia, "Tau kan banjir macam mana?" Ha ha haaa... adehhh aku macam confident je yang roti kosong banjir ni orang KL je tahu. Nasib dia tak maki aku je waktu tu. Ekekekek... dan ok laa roti banjir kuah kari ikan dia boleh laa tahan. Rotinya lembut dan panas sebab dia tebar tepung tu depan aku. Bukan roti yang amik dari dalam flask. Kuah kari ikan dia pun ok lah walaupun ada sikit manis. Ye adik manisss... ekekeke...

Itu je lah nak cerita. Lupa pulak nak amik gambar roti banjir tu tadi, lapar punya pasal. Laju je aku ngap. Sebagai gantian, tengoklah ni gambar banjir yang The Star bayar kat aku RM50. Waktu tu, baru dapat RM50 tapi rasa macam dah nak beli DSLR yang harga RM4500 je. Hu hu huu...



Cerita roti banjir pun nak buat entry panjang-panjang. Menyampah kan? Ha ha haa...


Monday, May 18, 2009

Those days when I complained so much


Korang tau kan yang teambuilding company aku yang baru lepas ni. Yang aku boring gila tu, kan? Yang berjela-jela aku komplen tu, kan? Ha ha haa...

Gambar-gambar di sekitar teambuilding tu barulah diuploadkan ke intranet kitorang. Dan seperti biasa laa gambar aku boleh dikira satu sampai tiga je. Entah apasal tah bila function ramai-ramai gini aku ni tak camera friendly. Ataupun aku yang tak photogedik kan? Macam ada kawan blogger aku tu yang bergedik bagai kat dalam studio amik gambar. Ahai...

So, bila dah tak berapa nak ada gambar solo aku, aku pun kenalah tengok group photo. Sure ada laa kan muka aku dalam group photo? Tapi puas lah nak kena enlarge gambar tu baru laaa nampak muka aku.

Nak recap balik sesi bergambar ramai-ramai hari tu. Entah apa gila diorang suruh pergi ke tengah padang dalam tengah panas terik waktu tu. Kitorang kena buat bentul tiga segi (macam logo company kitorang), pastu photographer panjat satu macam pencawang elektrik yang tinggi. Then photographer bagi instruction suruh ke kanan, ke kiri, rapatkan, ke depan, ke belakang sikit, etc dari atas. Kalau amik gambar dalam dewan macam biasa kan senang? Ketiak pun tak berpeluh, kan?

Anyway, korang tengoklah sini, aku tampalkan gambar-gambar waktu group photo session hari tu. Ini je lah yang ada muka aku. Ha ha haa...

Ini waktu mula-mula sampai kat padang, tengah bersepah tak tau nak buat apa... nampak tak muka aku? Nampaklah sesikit kan? Korang clicklah kat gambar tu kalau nak tengok besar sikit.



Then, ni gambar dah nampak sikit bentuk segi tiga nya. Korang nampak lagi kan muka aku? Aku dah termasuk ke dalam sikit dah waktu ni...


Then, ni gambar yang dah jadi segi tiga betul-betul. Kira gambar final, gambar official lah kan.


Puas aku dok cari mana aku pergi? Takde beb!!! Cisss dah le gambar aku beberapa kerat je, group photo pun takde gambar aku?! Yang peliknya, dalam dua gambar kat atas sebelum tu ada muka aku? Takkan lah time gambar kat atas ni aku duduk mencangkung ke sebab panas ataupun aku keluar barisan sebab sakit perut?!!

Rupanya, tu haaa ada pun aku... korang tak percaya itu aku? Aiseh, perati topi tu betul-betul... Hard Rock Cafe Philadelphia tu... heh!


Adehhh... apa ke halnya aku buat aksi macam tu? Dah tahap boring rasa nak tembak photographer pun ada waktu tu. Kalau dulu gambar kelas buat aksi macam ni, mau kena rotan dengan cikgu disiplin ni. Ha ha haaa...


psssttt... korang nak tau mana satu Si Puaka? Korang tengok gambar no 3, sebelah kiri korang, line tepi sekali. Korang cari mamat pakai topi merah, then sebelah kanan mamat topi merah tu ada mamat pakai topi warna beige kan? Si Puaka tu kat belakang mamat pakai topi beige tu. Sebelah kanan Si Puaka, ada awek. Standardlah Si Puaka sure dengan awek punya kan?!!



Friday, May 15, 2009

Feeling multiplily old today


Heh!
Ada ke perkataan multiplily tu? Gasak lah kalau takde pun. Maksud aku, bermutiple multiple, berkali-kali. Ok, cerita tu kejap lagi.

Sekarang ni, aku kat parking depan masjid Putrajaya. Awal lagi ni, baru jam 12.30pm tapi parking dah penuh. Bagus orang gomen ni, awal betul keluar gi solat Jumaat ek? He he he... Lepas solat Jumaat aku ada meeting kat MOT. Aku baru dapat tahu yang aku kena attend meeting ni petang semalam.

So, lepas kerja semalam aku kena balik rumah dulu pack sikit barang-barang. Sempat dulu singgah gunting rambut aku yang dah sebulan setengah tak dipotong ni. Kena laa kemas sikit kan nak meeting dengan orang gomen.

Then, aku singgah Brother's suruh adjust speaker aku yang langgar lubang sikit je, tak berbunyi sebelah. Langgar lubang sekali lagi, bunyi balik. Tapi standard laa Brother's ni, aku suruh tengok kan wiring kot-kot ada yang longgar, dia dok kata radio aku rosak laa, tak cukup power supply nak kena ganti lah. P***m@k betul diorang ni berniaga.

Aku kata aku tak nak tukar apa-apa, kalau radio rosak ke lantaklah aku tak nak tukar. Biar takde radio, takpe. Aku suruh dia pasang balik, lepas tu aku suruh dia check wiring. Memang betul pun RCA cable dari amp aku je yang dah rosak, macam apa yang aku sangkakan. Then, aku balik rumah kemas-kemas sikit, jam 9.30pm aku gerak keluar.

Baru je jalan 1 jam aku dah tak tahan punyalah mengantuk. Last-last aku tidur kat Machap sampai jam 12.30am. Then, aku drive balik. Around, 2.30am tu aku mengantuk balik je kedip-kedip dah mata aku ni. Aku stop kat Seremban, aku tidur lagi. Jam 4am aku terjaga balik. Aku dah kalut sebab dah dekat nak siang.

Aku pun gerak, dekat-dekat nak sampai KLIA aku mengantuk lagi. Mak aiii... tapi takkanlah nak tidur lagi kat KLIA. Aku gagahkan jugak balik ke Shah Alam. So, sampailah aku jam 5am. Teruk betul ni. Tak pernah aku mengantuk macam ni. Agaknya sebab kepala aku tak tune yang aku akan balik SA malam tu. Adehhhh... sejak dah tua-tua ni, kepala aku ni kena tune betul-betul, tak boleh buat benda mengejut-ngejut ni. Ha ha haa...

Haaa... cerita pasal feeling multiplily old today pulak. Ok, firstly aku tak berapa gemar tengok orang yang bulu hidung tak terurus, yang terkeluar-terkeluar dari lubang hidung. Buruk benar rasanya. Dulu, waktu aku kat kolej aku dengan member aku guna codename BH kalau bulu hidung one of us terkeluar. Bila sorang cakap "BH! BH!", yang kena sound tu pandai-pandailah parking balik bulu-bulu hidung yang terkeluar dari kotak parking tu.

Sekarang ni, dah takde orang nak remindkan aku "BH! BH!". So, selalu laa aku check bulu hidung aku sendiri. Kalau time tengah driving, selalunya je jari aku spot check bulu hidung. Mana-mana yang aku terasa panjang je, akan aku cabut. Cabut je, senang! Tapi ada gak BH yang degil. Itu yang sampai berair mata bila dicabut tu.

So, tadi waktu driving ke Putrajaya, jari-jari aku buat spot check lagi. Dan tercabut laaa seutas BH aku. PUTIHHHHHHH!!!!! Uwaaaaaa.... dah le aku ada 5 utas janggut putih, 2 utas rambut putih. Sekarang ni, tambah pulak 1 utas BH putih!!!!
Hu hu huuu...


Wednesday, May 13, 2009

Cerita tentang bola, today


Ini cerita bola.

Fakta: Aku tak pandai and maybe to the extent of tak boleh main bola.
Fakta: Aku tak pernah ada boot atau kasut futsal sendiri.
Fakta: Aku pernah jaringkan sebiji gol sahaja dalam seumur hidup aku. Itu pun waktu main petang-petang waktu aku darjah 1 ke darjah 2. Itu pun aku curi ayam. Ha ha haa...

Fakta: Aku pernah jadi Setiausaha Kelab Bolasepak untuk satu pasukan yang main dalam Piala FAM (divisyen tiga laa kiranya ni). Pasukan tu sekarang main dalam Liga Premier Malaysia (divisyen dua).
Fakta: Aku tau rules bola, aku tau rules pertandingan Liga Malaysia, termasuk players registration, player import (dulu, tahun ni dah takde), match coordination, venue facilities, etc etc etc.

Aku ingat lagi waktu kecik-kecik dulu dalam Utusan Malaysia ada Fantasy Football. Waktu tu bukan kat internet, dalam suratkhabar je. Untuk tukar (jual dan beli) players, kau kena call satu nombor dan ikut arahan operator. Pastu masukkan kod pemain yang nak ditukar (dijual beli). Payah kan? Aku main kejap je sebab mahal nanti charge telefon.

Aku tak ingat siapa pemain-pemain yang aku pilih kecuali penjaga gol aku, Othman Katmon. Dari situ aku berminat dengan managing a football team. Sampailah aku betul-betul dapat manage a football team professionally (professional ke bola Malaysia ni? ha ha haa...) waktu 2005.

Sejak aku berkecimpung dengan managing a football team ni, dapat laa bergaul dalam football fraternity ni. Dapatlah duduk semeja makan, minum, sembang-sembang, atau paling kurang pun bersalam dan ambik gambar bersama laaa... Last Monday, baru makan sama-sama dengan Yunus Aliff, Ahmad Yusof, Ahmad Shahrul Azhar. Last Saturday, aku bayarkan Ahmad Yusof waktu makan kat Mak Jah. Last Monday jugak aku dapat salam dengan The Professor, Nasir Yusof.

Jumaat lepas, dapat salam dengan Abd Rahman Ibrahim (ex-coach Malaysia). Rusdi Suparman pun ada. Dulu, aku dapat joint to manage satu 7-aside team. Yang mainnya, Zainal Nordin dengan Othman Katmon. Pernah juga team aku dulu lawan team bimbingan Dollah Salleh, Tajudin Noor, Redhuan Abdullah. Sape lagi haa? Hmmm... tak boleh nak ingat laa.. Kalau yang oversea punya, selain yang tengok kat stadium atau tengok kat tv, aku pernah laa bergandingan (bergandingan ambik gambar je, bukan main bola ye? he he heh) dengan Nigel Worthington dan Robert Green (goalkeeper West Ham).

Cuma dua orang yang aku favorite sangat-sangat je aku tak jumpa lagi. Yang local laa maksud aku. Azizol Ayob Abu Hanifah dengan Salehan Mohd Som. Azizol tu of course laa sebab orang Perak tapi si Salehan tu... perghhh memang favorite aku tu. Siap waktu aku darjah 3, ada satu majalah bolasepak tu, kat tengah-tengah dia ada poskad gambar pemain pilihan bulan tu kan? Bulan tu keluar poskad Salehan pulak tu, terus aku tak beli majalah Kuntum bulan tu, tapi aku beli majalah bolasepak pulak sebab nak kan poskad tu je punya pasal. Ha ha haa... tapi mana tah perginya poskad tu.

Kawan aku cakap, Azizol ada kat Perodua, Salehan ada kat Port Klang. Aku dah cakap kat kawan aku, satu hari nanti set laa kita gi makan-makan atau minum-minum dengan Salehan. Kisah kawan aku pulak, dia ni pun ex-player Johor. Tapi waktu dia main Johor dulu, Johor tengah top, dengan Alistair Edward, Boban, Salehan, Nasir Yusof, etc. So, kawan aku ni takde laa selalu dapat main. Walaupun begitu, kawan aku ni gempaq gile skill dia. So, yang nama-nama aku sebut tadi tu lagi gempaq laa skill diorang.

Kawan aku tu, kalau aku sebut nama dia pun sure korang tak kenal. Aku dah google tapi takde. Waktu aku manage team kelab tahun 2005 dulu tu, dia assistant coach. Sebelum aku manage team tu pun aku dah macam cair je tengok skill dia, especially part amik free kick. Perghhhh... Sekarang ni kalau veteran Selangor ada game apa-apa, mesti panggil dia main punyalah. Dan, aku pernah laa cakap kat dia, "Apsal laa dulu kau tak main first team Johor? Sure kau jadi idola aku. Pastu bila aku dah besar, kau jadi assistant coach team aku pulak. Sure bestnya, kan?" Best ek, kalau kita ada idola pastu dapat kerja dengan dia.

Ni pulak cerita kawan aku lagi sorang. Dia ni striker, tapi takde lah famous sangat. Tapi pernah main untuk Pahang - Sukma, Piala Emas Raja-Raja. Dah dalam enam tahun tinggalkan kompetitif football, setakat main inter department je. Alih-alih, hari tu dapat call up untuk main semula. Last Friday, first match dia. Aku pergi tengok tapi dia jadi simpanan je. Isnin lepas, perghhhh dapat main kawan aku ni. Walaupun masuk pada minit ke 60 je. Ok lah tu dah 38 tahun main striker lagi. Waktu dia warm up pun aku dah excited gila.

Sorrylah kalau korang tak kenal nama-nama yang aku sebut tadi tu. Tapi sure korang kenal siapa Christiano Ronalbi, kan? Haa? Tak kenal?! Click sini kalau korang tak kenal siapa Christiano Ronalbi.

Disebabkan aku tak jumpa nama dua orang kawan aku tu dalam google, ni aku nak tribute laa sikit kat diorang.

My football legends...

ABD MUTTALIB AHMAD


MOHD SAAD MOKTHY


Majulah bolasepak untuk negara!


Tuesday, May 12, 2009

Today, I still live in yesterday


Mengantuk gila. Tahap gaban. Aku rasa memang betul soul aku takde bersama badan aku kat JB ni. Semalam (Isnin) dan hari ni (Selasa) mandom. Semandom cuaca JB yang mendung. Semandom kedinginan dan kesunyian suasana office aku ni. Badan aku pun macam lesu je. Nak makan pun sekadar mengikut kehendak badan yang perlukan makanan. Bukan mengikut selera.

Arrgghhhh...

Status YM dan facebook aku: Semangatku tertinggal di Shah Alam.

Yupp! Tiga hari cuti weekend lepas memang menyiksakan untuk dilupakan. Orang tua kata jangan suka-suka sangat, nanti sedih. Itu yang menimpa aku kot? Tapi aku takde lah suka-suka sangat. Cuma Jumaat, Sabtu, Ahad - tak sunyi aku di kala breakfast, lunch, tea, dinner, supper. Ada je yang menemani. Kalau tidak seorang yang menemani, 23 orang yang temankan aku. Ceria hidup aku. Seceria panasnya hari-hari itu di Shah Alam.

Cuma beberapa ketika aku 'transit' di rumah, sempat aku reformat DVD Wings untuk aku upload ke dalam iPod aku. Itu je. TV di rumah pun bukan untuk ditonton. Namun hanya sekadar untuk menghilangkan kesunyian di tingkat 12. Biarlah havoc AC Mizal, Sarimah sekalipun. Tak sama dengan keceriaan aku bersama kalau bukan seorang, 23 orang yang temankan hari-hari aku.

Ye! Aku berjaya beli DVD Wings Alive at Orange, 2006. Show yang dulu-dulu aku pergi bersama dua orang daripada "kalau bukan seorang, 23 orang yang temankan hari-hari aku". Rupanya Life Rekod tu tempatnya kat rumah-rumah papan yang macam dah nak roboh kat Jln Raja Chulan, bersebelahan area Bursa Malaysia, bertentangan betul-betul dengan stesen Shell.

Nasiblah aku tak pakai lawa-lawa kot-kot terjumpa mana-mana artis. Rupanya situ tempat distribute cd je. Takdenya artis-artis datang situ. So, sebagai nak cover line sebab tangan aku menjinjit kamera (konon nak ambik gambar dengan artis), aku buat-buat laa ambik gambar beberapa anugerah-anugerah gold/double platinum untuk penjualan album yang tergantung kat situ. He he heh...

So, sepanjang weekend lepas memang tak sunyilah aku. Kalau tak dengan "kalau bukan seorang, 23 orang yang temankan hari-hari aku", aku spent time aku dengan Awie, Black, Joe dan Eddie. Kalau tak gelak koh keh koh keh wakakaka wahahaha, aku ber"apa ada dalam kamus, ada juga di dalam diri... apa amma yenna yengge... konde kone tom mere saktey..."

Pusss... mode bosan balik. Aku pun tak tau apa yang aku tulis ni.


Saturday, May 09, 2009

On my lazy days


Ini kisah aku belum cerita lagi kat korang pembaca-pembaca budiman. Hari tu waktu aku sampai semula dari trip aku ke Abu Dhabi, aku timbang berat aku. Perrghhhh tambah 2kg dalam masa 5 hari. Mengerikaaaannnnnn....

Dan kemalasan aku ke gym makin menjadi-jadi. Blame it on the work load. Ha ha hah!!! Ada satu ketika tu termasuk waktu aku ke Abu Dhabi, adalah dalam 21 hari aku tak pergi gym. Dan bila aku masuk ke gym semula on the 22nd day, dah tak terdaya dah badan aku nak buat 6km on the cross trainer, macam yang aku biasa buat. Sampai 2km je dah macam nak give up je. Tu pun aku push sikit lagi sampai ke 3km. Cukuplah 3km buat permulaan nak catch up yang 21 hari tu, kata hati aku laaa wakakakak. Alih-alih dah 6 kali aku pergi gym sejak hari ke 22 hari tu, tak naik-naik lagi dari 3km tu. Adehhhhh....

Masalah paling ketara ialah masalah nak bangun pagi. Entah apsal aku dah tak terdaya dah nak bangun jam 6 pagi dan turun gym jam 6.15 pagi. Aku ni masih dalam time zone Abu Dhabi agaknya, 4 jam lewat dari Malaysia. Cari alasannnnnnn.... dan bila malam lepas kerja, jangan harap lah kan kalau jam 8.30 - 9 malam baru tiba di rumah. So, aku pulun sikit laa waktu weekend, nak cover balik ketidakpergian aku ke gym on weekdays.

Tapi masalahnya bila balik SA, gym kat apartment aku dah ditutup sebab banyak kes vandalism je. Nak tak nak, aku kena pergi lari kat Stadium Panasonic or Tasek Kelana Jaya. Dan aku rasa dengan stamina aku yang belum re-build up sejak 21 days lapse hari tu, tak daya aku nak lari kat trek nih.

So, sebagai jawapan kepada kemalasan aku nak ke gym, aku jumpa dan beli ni...



Haaa... tali skipping. Jangan gelak!
Gempak tali skipping ni siap ada timer, siap boleh kira berapa kali aku lompat, kira kalori semua tu lah cukup.

Aku ingat lagi last time aku betul-betul buat skipping waktu kat sekolah menengah dulu. Waktu tu buat secara berpasangan. Sorang skip, sorang tukang kira. Nak bernanah yang tukang kira tu dengan mata dan kepala terangguk-angguk ikut tali skipping. Pastu tak boleh orang kacau kalau tak, silaplah dikiranya. Yang tukang lompat pulak, tak hengat punya buat skipping. Waktu tu aku boleh buat dalam 5 minit straight. Siap boleh buat sekali lompat, dua kali pusing tali. Terrer woooo...

Pastu pulak, bila dah cukup 5 minit, tukang kira tadi tu akan sebut final counts. Kalau si pelompat rasa macam sikit je tukang kira tadi tu kira, boleh jadi bergaduh wo... wakakak dan next time, tukang lompat tadi tu sure tak nak berpartner dengan yang tukang kira tadi tu. So, kalau nak jadi partner yang kekal, tukang kira kena lah mark up jumlah lompatan dalam 5% macam tu. Baru lah si pelompat happy je. Hehehehe...

Tapi bila dah ada digital skipping rope ni tak boleh laa nak mark up ke mark down ek? Hmmmm...

Anyway, aku dah try dah. Mak aiiiiii.... first one minute tu sedaplah lompat tapi masuk minit kedua ketiga dan keseterusnya, kejap kejap terstuck, kejap kejap terstuck. Penat lah gayanya tu. Boleh laaaa... to begin with kan? Daripada buat senaman kepam bontot je kat sofa.

So, di saat-saat aku malas nak turun ke gym boleh laa aku buat skipping je kat rumah. Senang je lah, kan? Sarung je kasut aku then lompat. Nak pakai spender je pun boleh. Bogel? Tak boleh! Sebab nanti tersangkut kat tali skipping tu pulak. Ahai....


Friday, May 08, 2009

Hurt yesterday and many days ago




Ok. Kat atas tu gambar tangan aku. Soalannya, berapa helaikah bulu-bulu di tangan aku dan apakah jenis syampu yang aku pakai untuk melembut dan memuluskan bulu-bulu tangan aku? Ha ha hah...

No, actually aku nak tunjuk yang kat arrow tu. Nampak tak macam ada benjol sikit? Tu bukan bengkak ke apa tapi tu tulang aku terbonjol. Korang tengok gambar yang ni pulak, tengok perbezaan tangan kiri aku dengan tangan kanan aku. Tangan kanan ok je kan? Tapi tangan kiri ada tulang terbonjol.



Masalahnya, aku tak ingat apa insiden yang membuatkan ada tulang terbonjol ni dan aku pun tak ingat bila yang aku mula sedar yang ada tulang terbonjol ni. Aku rasa, aku rasa je ni... mungkin tulang ni terbonjol lepas insiden aku terseliuh tangan aku dari pergelangan tangan ke siku waktu aku darjah 5 dulu tak silap aku.

Dan masalahnya pulak, minggu lepas tiba-tiba tangan kiri aku jadi macam sakit je. Macam rasa lenguh, macam terseliuh. Lepas tu aku picit kat bahagian terbonjol tu rasa sakit. Biasanya tak sakit. Takde laa pulak aku ada angkat benda-benda berat. Hmmm... adakah effect yang aku terseliuh dulu tu akan terasa selepas say after some 20 years or so? Dr. NSE E139 or Dr. Jingga Studies, please answer.

Tu satu hal. Ni ada satu hal lagi...

Isnin lepas office aku kat tingkat 3 dah mula lengang sebab budak-budak project team dah pindah ke office baru. So, tingkat 3 wing aku tu tinggal dalam 5 orang je, padahal boleh muat dalam 35 orang macam tu. Dalam jam 7 malam tu memang dah sunyi laa. Suspen gak aku, especially waktu team building hari tu ada team buat persembahan cerita hantu - hantu kat ofis. Kureng tau. Then, sebelum balik tu aku ada bergurau dengan kawan aku. Aku cakap, "kalau jumpa hantu lawa, ok apa?"

Malam tu ok je takde laa aku rasa apa-apa. Then, around jam 2.30 to 3.00 pagi aku mimpi ngeri sangat. Tak laa ngeri macam bunuh-bunuh ke tapi mimpi seram. Tah pasal apa bulu tengkuk aku meremang semua, aku pergi living room. Housemate aku masih ada kat situ tengah buat kerja. Aku pandang dia, dia pandang aku. Then slowly dia whisper kat aku, "dia datang dah... datang dah..." Then, aku toleh kat arah yang housemate aku cakap tu.

Aku tak nampak sangat anything dengan jelas. Cuma macam ada bayang-bayang kain putih yang ditiup angin. Aku mula lah nak baca apa-apa ayat yang patut. Masalahnya, aku nak sebut bismillah pun macam tak boleh nak sebut jelas. Macam melekat bibir aku ni. Then aku terjaga dari tidur aku. Cheh! Tapi memang meremang segala bulu aku waktu tu. Aku bangun kejap.

Lepas tu aku tengok arah tingkap bilik aku yang terkangkang je. Mak aaiii seram lah pulak tidur dengan tingkap terbuka ni. Dah le depan bilik tu macam hutan, then laut selat tebrau. Mengerikaaannnn... (ikut gaya Sarimah dalam Diari AF). Aku pun tutup tingkap, pasang lampu tidur then pelan-pelan aku boleh lah tidur.

The next day tu, aku macam tak selesa nak tidur. So aku pasang audio mengaji sepanjang malam tu. Tapi aku bukak sikit tingkap bilik aku. Nothing happened. Tapi esok paginya waktu nak mandi, aku tengok cermin. Kat dada aku kat area lurah dendam tu ada macam dua bintik kesan luka. Jarak antara dua bintik tu dalam setengah inci. Ini bintik yang macam kena kuku kucing, ataupun gigitan kucing dengan taring dia tu.

Kalau nak kata aku tercakar badan sendiri, tak mungkin sebab aku tidur pakai baju. Lagipun takde kesan cakar. Takdelah sakit, cuma mandi pagi tu pedih sikit laa sebab luka kan? Tapi aku takdelah ambik port sangat cuma aku cakap kat housemate aku yang aku kena gigit dengan dracula.

Tadi, aku saje laa cakap kat aku punya spiritual advisor yang aku kena gigit dracula. Tapi dia kata bukan dracula, tapi binatang bertaring dua. Aduuuhhhh lagi laa aku suspen. Dia suruh aku gi check dengan doktor kot-kot berbisa ke apa kan? Tapi masalahnya, ni dah berlaku dua hari lepas dan takde pulak sakit atau bengkak kalau nak katakan benda ni berbisa. Pastu aku tanya dia, apa dia binatang yang bertaring dua duduk dalam rumah??? Mengerikaaaaannnnnn.....

Ini lah penangan banyak sangat dengar lagu Jerangkung Dalam Almari. "Apa ada dalam kamus, ada juga di dalam diri. Apa ada dalam diri, ada juga di dalam kamu..."


Tuesday, May 05, 2009

Today, I plan for Friday


Aaaa...
Petang semalam dekat-dekat nak balik, Training Department company aku baru email evaluation form untuk team building minggu lepas. Ai, dah seminggu baru nak keluar evaluation form. Aku rasa itu taktik basi pertama supaya konon-kononnya orang dah lupa laa segala mak nenek komplen and grouses. Taktik basi kedua pulak, form tu diemailkan kepada semua. Lepas diisi, kitorang kena email balik form tu kepada diorang. Nak tau siapa yang banyak komplen, yang banyak songel laa tu, kan? Macam aku tak tau.

Anyway, sepantas kilat aku isi form tu, berjela-jela aku komplen. Dan takde satu pun category yang aku rate more than 3 (out of 5; 5 being the best). Tak pernah pun sebelum ni aku isi evaluation form secomprehensive as this one. Nak burn the bridge ke, Training Department nak hantar aku gi kaunseling ke, nak hantar aku gi jumpa doktor sakit jiwa ke, lantak laa. Ini responsibility aku, kan? How they want to swallow it, it's not a matter to me.

Otw balik kerja semalam, aku tumpangkan colleague aku. Terplan laa pasal nak tengok konsert Search ni. Dah bergelimpangan laa lagu-lagu Search keluar dari mulut kitorang. Yang mana kitorang rasa Search akan nyanyi atau tidak waktu konsert. Tapi, dia tak sure pergi lagi ke tak. Tengok dulu wife dia dah bersalin ke belum. Dan kitorang jugak bersetuju sebulat Limah suara yang Wings is still better than Search.

Wings memang gempak, beb! Lu orang (asal cakap pasal rock je lu, gua, lu, gua kan?) pun tau, sepanjang weekend lepas, gua dok cari kat mana Wings ada perform. Sebab last gua tengok Wings performed live tahun 2006 dulu kat Orange. Best gile, beb! (gua ada buat entry pasal ni tapi gua malu nak link sebab time tu gua tulis entry skema gile, beb! lu orang cari laa sendiri). Dah le show sampai lebih 3 jam. Puas hati, beb! Last-last gua dapat tau Awie sibuk jadi Mentor kat TV3 pulak. So, malam tadi gua dok cari dan layan lah kat youtube video yang diorang perform kat Orange dulu tu.

Lu orang boleh tengok kat sini gua link kan...
Bujang Senang click sini
Belenggu Irama click sini
Enigma sini
SembiluSembunyi click sini
Ranggi Metropolis click sini
Hati KamaHukum Karma sini
Opera Hidup click sini

Pagi tadi, gua pergi kerja gua pun pasang laa lagu-lagu Wings dari iPod gua. Tak puas beb! Tak sama dengan yang diorang perform kat Orange tu. So, gua pun search laa kat mana gua boleh download free (ekekekeke) complete show Wings kat Orange tu. Nan ado yang free, beb! So, gua decided nak kena beli pun gua beli laa. Gua cari laa, susah gak nak jumpa. Gua cari nombor telefon Tower Record pun, yang gua call kat Bukit Bintang tu wrong number, yang kat KLCC, yang kat Midvalley nombor dah tak boleh pakai. Yang kat Sunway Pyramid tak berjawab. Ehh.. ada lagi ke Tower Record kat Malaysia ha? Nak cari kat kedai rekod kat JB ni, gua macam tak menaruh harapan laa tak macam Kak Eton.

Gua pun cari sape produced album/dvd tu. Gua pun jumpa laa... nama album/dvd tu Wings Alive 2006 terbitan Life Records. So, gua pun called Life Records tanya ada peluang tak gua nak jadi rekording artist bawah payung (errkk bell!!) Life Records? Ha ha haaa... tak laaa gua tanya ada lagi tak balance-balance album/dvd tu? Dia kata ada. So, gua tanya kat kedai mana gua boleh beli atau gua beli kat situ je? Dia kata boleh beli terus daripada Life Records kat Jln Rj Chulan, bertentangan dengan the only Shell petrol station. Kat mana ha? Dan gua confirm betul-betul dengan mamat tu, siap tanya Jumaat ni korang cuti tak ganti Wesak, korang kerja jam berapa sampai jam berapa, pastu korang lunch jam berapa sampai jam berapa.

Gua nak pastikan gua pergi Life Records hari Jumaat nanti, gua tak hampa. Life Records tak jamu gua nasi sejuk macam Kerala sabotaj gua Jumaat lepas. Gua kalau dah plan, kena jadi tak boleh offset nanti gua meracau. So, kalau dah dapat dvd Wings tu nanti kalau gua nak meracau pun takpe laa sebab tu meracau baik. So, sesape yang tak nak kena sembur dengan gua atau tak nak kena campak duit sepuluh ringgit dengan gua, janganlah call/sms/email gua ajak gua breakfast ke senaman kat tasek ke makan nasi kandar ke hari Jumaat tu sebelum gua dapat dvd Wings tu. Respect sikit, gua punya vision and mission ni. Wakakakaka...


Monday, May 04, 2009

Entertainment-filled days


Weekend lepas, macam-macam hiburan kat tv sepanjang cuti Hari Pekerja yang aku tonton. Mulanya aku dok merindukan kumpulan Wings. Aku tertanya-tanya Wings ada perform kat kelab or hotel mana-mana tak sekarang? Tak jumpa pula bila aku google. Official website Wings pun dah tak boleh masuk.

Then this American Idol top 6. Aku sempat tengok result episode je minggu lepas. Nampak gayanya macam ada harapan je si Adam Lambert nak menang walaupun bottom three jugak dia last week. Tapi, macam tak percaya pulak si Kris Allen tu boleh top three last week.

Then, on Friday tah macam mana datang mood aku nak flipping channels. Termasuklah aku ke channel NTV7. Ada pulak OIAM, final pulak tu. Padahal satu apa episode sebelum ni pun aku tak tengok OIAM musim ke-4 ni. Last year pun aku tengok final je. Tah apsal OIAM ni macam takde tarikan dah pada aku. Dan tak tau pulak aku sebelum ni yang Tomok bertanding.

Dan pelik aku apa laaa yang orang dok tergila-gila dengan Amweera tu. Siap, tak silap aku, waktu awal-awal OIAM aku dapat invitation masuk fan page Amweera kat facebook. WTF?! Yang Si Cherry cherry lady tu pun... adehhh macam mana laaa boleh jadi finalist. Tomok pulak, aku tengok performance dia macam biasa je especially yang dia nyanyi lagu Hanya Kau Yang Mampu tu. Macam hampeh! Tapi Paul Moss dengan Syafinaz kata sedap. Hmmm... tapi antara bertiga tu eloklah jugak Tomok yang menang. Janji tak momok... ekekekke...

Then Sabtu malam, dilema nih.... antara AF dengan AIM16. So, aku dengan Jijo bersepakat nak tengok AIM16. Tengok AF ulangan je hari Ahad. Lagipun aku dah tiga konsert AF aku tinggal dan macam dah bosan dan dah stagnant je persembahan diorang aku tengok. Tapi waktu iklan AIM16 tu sempat gak tukar channel. Macam best je konsert muzikal AF kali ni. Tapi aku tetapkan iman (heh.. boleh pakai ke dalam konteks ni?), tengok AIM16 dulu.

AIM16. Mula-mula aku teruja jugak laa dengan opening act M. Nasir. As usual, menancap jiwa. Then, slowly aku jadi lost bila tengok AIM16 tu. Dengan kebosanan presenters, pastu aku tak tau which award goes to who? Kejap ada Siti, kejap ada Misha kejap ada MUH. Lost lost. Yang aku confirm, Rabbani tu sure menang kategori Nasyid. Tu je. Sampai the next day aku baca paper, baru tau yang lagu tahpahapa Misha Omar tu menang Song of the Year. Siti yang menang banyak kali tu dapat Album of the Year. MUH pulak menang New Artist of the Year.

Persembahan malam tu ok gak laa. Selain M. Masir menyanyi lagu Langgam Pak Dogo tu aku suka jugak Faizal Tahir dengan Rossa. Cuma part Rossa menyanyi lagu Cuba tu agak tak berapa best kalau dibandingkan dengan Faizal Tahir yang menyanyi solo. The best performance is of course laaa MUH dengan Hujan. Walaupun aku tak berapa gemar Hujan, tapi MUH memang best laaa. Gempaq! Entah apsal sekarang kalau aku tengok MUH perform je aku rasa macam nak meloncat je naik atas stage tu nyanyi dengan Lan tu. Wakakakak...

Korang boleh tengok performance MUH-Hujan waktu AIM16 kat sini. Korang abaikanlah tiga peserta sumo waktu permulaan klip ni. Ekekekeke...

Then, on Sunday ada pulak prelude cerita Mentor. Tahpahapa laaa peserta-peserta dia ke laut perginya. Yang sorang tu menyanyi lagu Jeffridin tapi takde pulak berjoget twist. Yang sorang tu, menyanyi lagu MUH tapi mentornya si Mas Idayu. Apa barang? Kalau mentor Mas Idayu, menyanyilah dangdut kan? Wakakakak... aku tengok tiga orang je pastu aku bosan. Oh ye, rupanya Awie Wings jadi mentor so mungkin dia sebok dan takdelah agaknya show Wings kat mana-mana buat masa terdekat ni, aku rasa.

Sabtu ni, konsert Search pulak kat JB. Adehhh time tu laa aku nak balik SA tak boleh postpone dah ni. Actually best gak tengok konsert kat JB ni daripada kat KL sebab tak pack sangat. Santai je macam konsert MUH-Samson hari tu. Tapi, hmmm tengok yang kat KL je laa 1 Ogos nanti. So, korang yang nak join gua kat Bukit Jalil nanti boleh sms sama gua (nak tengok konsert Search kena pakai lu, gua, lu, gua...)


Saturday, May 02, 2009

Quizzes day after day


Dulu time kat college, bila sebut ada quiz je mula laa menggelabah. Especially kalau tetiba je lecturer kata ada pop quiz hari ni. Mulalah nak meletop nanah-nanah kat otak. Mana-mana students perempuan yang ada jerawat batu kat muka time tu, boleh meletop jugak jerawat jadinya.

Sekarang ni kat facebook, entah mana datangnya quizzes ni. Dan macam trend pulak sekarang ni jawab quiz kat facebook. Macam dulu kat college, tak puas jawab quiz. Macam-macam quiz ada kat facebook. Yang mengarut, tak payah cakap lah. Quizzes like "Berapa nilai hantaran kahwin anda?", "Apakah identiti rahsia anda" <-- which my friend answered and the result was 'perempuan/lelaki simpanan'. Macam gam***g kan?

Aku ada jugak laa jawab beberapa quizzes kat facebook tu. Entah saje je bila tengok orang lain jawab, aku pun terpanggil nak jawab jugak laa. Kadang-kadang aku rasa macam mengarut je jawapan-jawapannya. Tapi sesekali terfikir, answers to all the quizzes I took macam kalau dicampur-campur sana sikit sini sikit memang lead to my personality and character. Heh! Tak payah laa aku cakap mana satu yang reflect my personality and character, korang yang kenal aku personally sure tau punya. Hahahaha...

Ni quizzes yang aku amik kat facebook and the answers:

"What "Periodic Element" are you?" with the result Iron.
You are strong in character, emotions, ethics and physically. People who know you believe you are reliable and steady. You say what you mean and you will follow through with it because you weighed the positives and negatives of the commitment before you even said yes. Life may though difficulties your way but you are able to cope with them because of your strength..

"The Inner Nationality Quiz: What Are You Really?" with the result You are German..
You are precise yet romantic, efficient yet dreamy, friendly yet somewhat suspicious of others. You rarely smile, but when you do it's very meaningful. You like it best when there is a group consensus, and yet you are easily annoyed by the slowness and/or stupidity of others. Sometimes you think that if only you could live on an island or move to some wonderful place far away, everything would be better, and if you can't realize this dream you often lose yourself in books/vacations/recipes/sports -- anything for an escape! All in all, however, you make your peace with life, and have many old friends.

"Anda layak jadi Menteri Kabinet yang mana satu?" quiz and the result is Menteri Pelajaran.
Anda sebenarnya seorang yang lemah lembut dan murah dengan senyuman, sesuai dengan tugas anda sebagai ketua kepada semua golongan pendidik. Anda juga seorang yang patuh dalam melaksanakan dasar negara. Yang penting bagi anda, biarlah kita bekorban sekarang, yang penting dalam jangka masa panjang nanti sebab generasi sekarang perlu dibentuk dan dibimbing hari ini untuk menjadi pemimpin esok. Anda juga seorang yang tidak suka mengulang arahan atau pendirian dua, tiga kali. Rakyat perlulah faham yang dasar dibuat sekarang ni kalau berpatah balik akan melibatkan kerugian yang lebih banyak. Tak perlulah tengok kesilapan yang dibuat dulu, anda mahu semua pandang kedepan. Tak guna menyesal.

"Karektor dalam filem P.Ramlee yang manakah menggambarkan peribadi anda?" quiz and the result is Tuan Director Ahmad Nisfu
Anda sememangnya profesional dalam kerja anda. Anda tahu apa yang anda mahukan, dan seringkali anda mahukan yang terbaik dalam kerja-kerja anda. Namun keseriusan anda selalunya terbawa-bawa tanpa hiraukan orang lain. Anda berkemungkinan juga mengidap 'Panic Disorder' iaitu sejenis keadaan dimana anda cepat panic atau naik darah bila apa yang dirancang tak menjadi. Cubalah rilek-rilek sikit dan join orang buat lawak. Dan janganlah naik angin kalau orang mempersendakan lubang hidung anda selepas ini.

"Which element are you?" quiz with the result Fire.
Fire, the untamed spirit, leaving a path of destruction in its wake. You are a wild, impulsive entity, in perpetual motion, be it physical or mental. There is a spark about you that draws people closer and closer, whether they know or not that they could find a warm companion or be undeniably burned. But the one thing that defines you the most is your insatiable hunger for more (knowledge, love, etc...) and the fact that you, no matter how much you want to deny it, would be nothing without the gentle push of air or the constant fear that someday the cleansing rush of water could put you to an instant end. Your place in the world: Well, without such utter destruction there would be no new beginnings..

Macam ye ye je kan?


Friday, May 01, 2009

Sunny, breezy and stormy day


Aku baru lepas lunch dekat area flat near The Zone sambil merasai tiupan angin selat tebrau ni. Nasi panas, ayam goreng, rendang daging, kari ayam, dua ketul kacang bendi, the o ais. Sedap tapi tak menyelerakan.

Salah satu sebab, aku duduk betul-betul bertentangan dengan bilik gerakan barisan nasional. Nama je barisan nasional, tapi yang ada logo umno. Is barisan nasional is about umno?! Dan tah apahal, tekak aku loya tengok logo umno tu, seloya aku dengar geng-geng dia berborak kat meja sebelah aku ni.

Hari ni, hari pekerja. Hari untuk pekerja-pekerja tidak bekerja. Katil, bantal, kipas bilik aku pulak bekerja overtime di hari pekerja. Sampai jam 11am aku masih berlingkar atas katil. Nasib je kena gi masjid, kalau tidak mau jam 3pm baru aku bangun dari katil.

Kepala aku dah setting, lepas solat Jumaat nak pergi makan nasi daun pisang Kerala, one of my handful favorite kedai makan kat JB ni. Siap parking tepi jalan kat masjid tu dah menghala ke arah Kerala tu.

As usual, kat kedai tu diorang akan tanya makan dan minum. Lepas tu dia taruk daun pisang, serve nasi putih, then tiga jenis sayur. Not long after, dia bawak papadom, taruk kari ikan tiga senduk, taruk ikan goreng rangup dan air lassimango yang aku pesan.

Bila aku gaul je nasi tu, I felt something wrong with it. Dua tiga saat aku fikir, baru aku tau apsal. Rupanya nasi sejuk yang diorang serve kat aku. Panassss laa hati aku kan? Walaupun Kerala tu ada lah few times buat palat dengan aku but nothing compare to this - serve aku nasi sejuk.

Aku panggil waitress dia, aku tanya apsal kasi nasi sejuk? Dia macam tak tau nak jawab apa. Aku suruh dia pegang nasi sejuk tu. Dia agree dengan aku. Lepas tu dia pergi cakap dengan tokey dia. Tokey dia tengok aku, aku cakaplah apa ni nasi sejuk. Toke dia cakap apa korang tau? "Mestilah sudah sejuk, you sudah lama sini." P*#i&@k betul! Aku duduk je, diorang serve then terus aku gaul nasi tu. Siap aku cakap, "how come the fish is still hot?"

At last, aku pergi basuh tangan. Aku pergi kat kaunter, aku cakap kat toke tu, "Uncle, I've been eating here for many times and been eating the same food. I know what is wrong and what is right with the food. I know if you serve me cold or hot rice." Dia boleh jawab, dia kata, "You come at the wrong time." Lagi laa aku bengang kan?

Aku jawab, "Don't be bullshit with me. It's still lunch hours. And even my mother never serves me cold rice." Pastu dia boleh cakap, "You can go if you don't want to pay." Aku amik RM10, aku campak kat dia. Sial betul.

Waktu aku jalan keluar tu, nak je aku terbalikkan meja yang aku duduk tadi tu. Nak je aku pecah-pecahkan hancur papadom yang aku baru makan setengah keping tu. Dan yang aku sedihnya, aku tak sempat jamah lassimango aku. Huhuhuh... And that'll be the last time laaa aku makan kat Kerala.

Aku masuk dalam kereta, tersedih aku jadinya. First sebab air lassimango aku tu. Kedua sebab lepas ni tak best laa tak dapat makan nasi daun pisang kat JB lagi. Yang paling aku sedihnya, apa yang susah sangat nak replace nasi sejuk tadi dengan nasi panas? Sayur dan ikan tu aku still boleh makan.

Dan kenapa ada jugak orang berniaga yang tak fikir common sense like serving hot rice. Kenapa dia tak fikir macam mak aku or bapak aku, even kalau makan malam pun kalau boleh tak nak kasi aku makan nasi tengahari yang dipanaskan, biar dimasakkan nasi baru.

Dan bermain-mainlah phrase "even my mother never serves me cold rice" kat kepala aku. Dan terfikir jugak, kenapa aku tak makan saje laa nasi sejuk tu, it's not such a big deal. Kenapa jahat sangat aku benda macam tu pun nak berkira kan?

So, akan takde mood lah aku sepanjang hari ni. Akan takdelah mood aku nak ke gym, nak shopping sikit, nak tidur, nak membaca, nak lipat kain. There goes my labor day, a stormy labor day. Spoil je 1st May aku.


Related Posts with Thumbnails