Thursday, February 26, 2009

Lembik?


Satu:
Busy gila aku minggu ni. Siang, sibuk dengan 2008 performance appraisal, 2009 KPI setting, rollout investor system aku, system training, macam-macam....

Dua:
Competitive futsal is a high risk sports, especially kepada aku yang training sekali je seumur hidup pastu terus main 5 competitive matches. Isnin malam, lepas first three matches, aku tidur dengan sebelah kaki aku berlunjur atas kerusi plastik. Ice pack atas peha. Sejuuuuuuukkkkkk je tidur tu, pastu terasa air dari ais yang cair tu meleleh-leleh kat peha aku. Stiiiiiiiiiimmmmmm je.

Selasa malam lepas main another two matches, ibu jari aku pulak kena balut dengan ice pack. Pagi ni dah bengkak. Adehhhh aku tak ingat lah siapa sepak kaki aku tu ataupun aku sepak kaki sape, kan? Yang pasti, bukan kaki Si Puaka sebab dia tak terpilih untuk main team dia. Bongok dulu bukan main borak dengan kitorang, konon favorite position dia striker laaa piiiiiiiiirrrrrrrraaaaaaaaaaahhhhh... Pastu ada sekali tu aku kena rembat kaw-kaw kat perut. Nasib lah ada beberapa packs kat perut aku ni untuk shield. Hahahahahah....

Malam ni, satu lagi match. Classification match. Untuk tempat ke-5 dan ke-6 je. Huhhuhuhuhu... tapi lawan tetap lawan! Entahlah bahagian badan mana lagi nanti yang kena taruk ice pack ni?

Tiga:
Aku lembik ni. Dengan all these injuries from futsal. Tidur tak cukup prepare for system rollout ni. Then, tidur tak lena sebab kaki kena berlunjur dengan letih nak mampos lepas main futsal.

PERSOALANNYA....
Adakah anda seorang TOFU atau PISANG YANG TELAH DIKUPAS KULITNYA atau PISANG YANG BELUM DIKUPAS KULITNYA ataupun TIMUN?! Ataupun korang suka yang mana satu?! sila buat pilihan.

Malam ni malam Jumaat! Malam ni aku main pusat! Oppsss.. main futsal.... heheheheh


Friday, February 20, 2009

Minyak kuda




Video ni aku kutip dari Hilang Punca.
Pipiyapong kata, "Nak jadi macam ni kalau tak sehari 8 jam dengan bola, jangan harap..!!"

Aku setuju dengan Pipiyapong!

Yang aku tak setujunya....
Walaupun baru pertama kali dalam sejarah hidup aku main futsal, aku terpilih untuk main inter department nih! Macam mana tu?

*apsal terngiang-ngiang aku dengar berderai-derai ketawa kawan-kawan aku kat Proton ni?!!

Dan aku dalam dilema, samada perlu beli kasut futsal sendiri untuk 5 games minggu depan (6 games kalau team aku masuk final!). Ahhh... pakai je lah kasut pinjam ni dulu. Dan hujung minggu ni, aku nak gi cari minyak kuda. Nak sapu kat peha dan betis nanti sebelum game. Baru laa berlari dan menendang macam kuda. Yiiiihhhaaaaaa!!!


Thursday, February 19, 2009

G.O.M.


grump-y
adj. grump·i·er, grump·i·est
Definition: Surly and peevish; cranky

------

grump i.ly adv.
grump i.ness noun

--------------------

Ada sehelai rambut aku yang asyik tumbuh sebelah kanan kepala aku. Asal sehelai rambut ni tumbuh je, warna dia putih. Asal sehelai rambut ni tumbuh je, warna dia putih.

Setiap hari, aku kena cabut (pakai penyepit janggut), dalam 7-8 helai janggut yang berwarna putih. It started with 1-2 helai janggut yang berwarna putih.

--------------------

G.O.M. kah aku?!! Uwaaaaaaaa!!!


Wednesday, February 18, 2009

Different ball game


Semalam aku terperangkap dalam traffic jam. Ye! Traffic jam in JB, you heard it right. Dekat junction near Hyatt, near Dataran JB tu melokek bontot membontoti. Jalan ditutup 2 lorong. Nak buat jalan baru, elevated road. Nak marah pun tak boleh. Projek company sendiri. So, makan dalam je laaa....

So, hari ni aku guna laluan Pasir Gudang - JB. Itu Pasir Gudang highway, kata orang Johor, walaupun takde lah berupa highway sangat pun. Jauh sikit, banyak gak kenderaan tapi smooth sailing. Tak terkemput-kemput macam semalam. Aku ni, pantang kalau traffic jam yang tak bergerak atau jalan sekemput sekemput. Tapi, keluar je dari highway tu, jem jugaklah menuju ke Danga Bay/Pusat Bandar. So, esok aku akan cari jalan lain pulak.

--------------------



Kat atas tu gambar kasut-kasut sukan aku (sila baca: amalan gaya hidup sihat aku... hahahaha). Kasut-kasut sukan tu memang aku letak dalam rumah, tepi pintu. Kasut-kasut lain aku letak dalam gerobok di luar rumah. Ini satu cara motivasi aku. Bila nak keluar rumah tu, aku akan terpandang kasut-kasut tu. So, kalau aku tak gunakan kasut-kasut tu (tak bersukan), aku akan rasa bersalah. Seolah-olah kasut tu menjerit-jerit kat aku, "Use me, you moron! Fat ass!!!" Haaa... macam tu diorang jerit kat aku. Tapi, kalau aku gunakan kasut-kasut tu, aku jadi bersemangat laa nak keluar rumah, dan aku tahu aku tinggalkan kasut-kasut tu dalam keadaan happy. Ekekekeke...

Malam ni, buat pertama kali dalam sejarah hidup aku. Aku akan main futsal. Huhuhuh... ni semua gara-gara inter department lah nih. Ada training lah pulak. Ye! aku tak boleh main bola, pantang keturunan aku main bola ni. Tapi malam ni aku menyembah derhaka, melanggar pantang main bola. Ekekekeke... aku boleh manage team bola je... first time siot! first time! Aku ni kira macam latecomer laa dalam bidang futsal ni. Errr... korang rasa masih ada peluang tak nak wakil Malaysia? Ekekekekeke... alaaa bukan bagus sangat pun team Malaysia tu kan?

Dah 2-3 malam aku dok seram sejuk menantikan malam ni. Fuhhh seram siot nak main futsal. Aku rasa dia punya suspen lagi suspen daripada nak gi interview kerja. Everytime aku tengok tv kat ruang tamu dan mata aku terjeling kepada kasut futsal tu, tegaaaakkk je bulu roma aku ni. Adehhhh...

Suspen wo! Sebab futsal ni bukan macam field soccer yang 11 a-side tu. Futsal ni total commitment every player kena contribute. Kalau bola padang tu, kau boleh lariiiiiiiiiiii je sepanjang game tanpa menyentuh bola sekalipun. Tapi futsal ni. adeeehhhhhh.... time aku taip memikirkan pasal nak main futsal ni pun dah rasa sebu je perut aku ni, butterfly in the stomach.

Tapi, aku tetap akan main jugak futsal inter department ni. Biarlah kalau aku tak dapat tendang bola tu sekalipun, aku tendang bola tu kecepeh kecepeh perginya ataupun time aku tendang bola tu, aku yang tergolek. Yang penting, aku dapat sepak kaki Si Puaka (if not telur dia or perut dia or whatever part of body dia yang aku sempat sepak) waktu inter department nanti!!!

Dan tadi, aku dapat message dari tuan punya kasut futsal tu, "Good luck! Have a good game!" Ye! Itu bukan kasut aku. Kasut itu, aku pinjam! Lepas daripada game malam ni, kalau aku nampak masa depan aku dalam acara futsal, barulah aku akan beli kasut futsal sendiri. Hehehehe....


Tuesday, February 17, 2009

Resign?!


Resign?
Dalam musim-musim kegawatan ekonomi ni, banyak syarikat yang mengambil langkah-langkah mengurangkan pekerja. Antaranya, pembekuan pengambilan pekerja baru, VSS dan sebagainya.

Tapi company aku lain pulak ceritanya. Dalam musim-musim kegawatan ekonomi ni, selain daripada terus mengambil pekerja-pekerja baru, company aku turut membekukan pekerja-pekerja dari resign.

Pekerja-pekerja tidak dibenarkan meletakkan jawatan kecuali di atas perkara-perkara berikut sahaja:
1. Meninggal dunia
2. Diculik
3. Tidur atau kelihatan seperti dalam keadaan mabuk ketika bekerja atau di dalam mesyuarat, dan
4. Gambar separuh bogel pekerja disebarkan melalui internet.

p/s: Siapa ada gambar separuh bogel Si Puaka (eeewwwwww!!!!), sila hantar kepada hr@bukancompanybapakaku.com


Monday, February 16, 2009

Sempena 14-Feb




Ahhh...
14-Feb...
Yang korang ingat... hari memperingati kekasih.
Kekasih memperingati hari memperingati kekasih.

Yang korang tak ingat...
Rafik Hariri, PM Lebanon dibunuh... tahun 2005
24 orang terlibat dalam pembunuhan beramai-ramai di Northern Illinois Uni... tahun 2008

Aku pun tak ingat, aku google je dan jumpa di sini. Hehehehe...

Ramai yang bertungkus lumus untuk 14-Feb.
Hingga ke detik terakhir memikirkan hadiah untuk dibeli kepada kekasih. Menunggu hingga detik terakhir 13-Feb untuk seterusnya mengucapkan kata-kata istimewa untuk kekasih. Hingga kuntuman bunga terakhir di kedai bunga pun dibeli juga untuk kekasih. Hingga ke kredit panggilan terakhir untuk menghubungi kekasih.

Hingga ke hujung dunia mencari tempat-tempat terakhir untuk makan malam istimewa bersama kekasih. Hingga ke sen terakhir di dalam wallet ataupun credit balance terakhir dalam kredit kad untuk membeli hadiah. Dan hingga ke titisan dot dot dot [sila isikan tempat kosong] terakhir di hari memperingati kekasih. Whoopppssss....

Dan aku...
14-Feb berlalu pergi.
Bersama titisan mandian cecair terakhir selepas bercucuran titisan-titisan peluh di dalam gym. Ye, doktor sarankan aku menggunakan mandian cecair jenama Dove untuk kulit aku yang kering.


Sunday, February 15, 2009

Keluar air hidung berdarah


Korang mesti biasa dengar ungkapan "biar keluar air mata darah sekalipun..." kan? Tapi pernah tak korang dengar ungkapan, "biar keluar air hidung berdarah sekalipun..." Tak pernah kot, kan?

Anyway, aku rasa kena ada ungkapan macam tu lah. Mana taknya? Aku tengok dalam tv ni, asal menangis depan kamera tv je, penangis tu akan lekap belah belakang tapak tangan kat lubang hidung. Kenapa tak lekap kat mata?

Time menangis, banyak keluar air mata ke banyak keluar air hidung? Ataupun nak jaga mekap kat mata?! Kalau kesat, abislah mekap. Takpun, lebih dramatis kalau kat kamera tv tu nampak keluar air mata daripada air hidung. So, tak payah kesat air mata tapi kesat air hidung je.

Betul! Aku nampak aksi tu hari ni je dua kali kat tv. Sekali waktu ex-wife Nash menangis dalam Melodi. Sekali lagi waktu American Idol elimination round.

So, kalau korang nak tangisan korang nampak dramatis, buatlah gaya tu ek? Gaya lekapkan belakang tapak tangan kat hidung.

Ahh... aku pun nak lekapkan tapak tangan kat hidung ni. Tapi bukan sebab aku menangis. Aku tengah makan maggi kari berapi buh telur, panas-panas berasap ni. Ni memang real air hidung yang meleleh ni...


Friday, February 13, 2009

Ctrl Macho


2009...
To be exact, 16th March... cukuplah 10 tahun aku bekerja secara professional, bekerja kolar putih, bekerja dengan bekalan degree.

Aku start kerja dengan Hong Leong Bank as Executive Trainee. Dan aku among a few selected ones (dalam lapan orang kot?) - after rounds of interview and one full-day of gruelling assessment, ada test - logics, aptitude, ada case studies to debate, ada teamwork exercise; to join 1st batch of HLB's PET program.

Aku tak tau from eight of us, berapa ramai yang still in HLB? Even waktu aku resigned from HLB 11 weeks after I joined, 2 of us already resigned. Gaji kecik, beb! Siapa nak stay? Lepas aku blah, I heard HLB up kan gaji for PETs by RM200 dan diorang backdate since the day we joined.

Kalau aku stay kat Proton, 2nd June ni will be my 10th anniversary. Dapatlah token of appreciation, tak silap aku dapat lah seutas jam tangan around RM300-RM400 dan dapatlah free stay kat locel hotels for few nights. Kalau nilai token tu dibahagi 3,650 hari, dapatlah sehari bekerja tu nilainya berapa sen tah, malas aku nak kira.

Dan sekarang, hanya selepas 10 tahun bekerja ni (almost lah), aku baru belajar dan dah mula pandai in something....

Aku dah tahu nak guna SHIFT+arrow key, CTRL+X, CTRL+C dan CTRL+V. Sebelum ni, semua tu aku pakai mouse dan right click je. Huhuhu...


Wednesday, February 11, 2009

Si Puaka taik lembu


Aku baru dapat berita dari someone, close to me but closer to Si Puaka (hehehehe...) That person tanyalah Si Puaka, whether it's true that I'm no longer in his department. Then Si Puaka cakap, "Yeah... he's no longer with me. A**ul is a BULLSHIT laaa..."

P*&%^ak betul Si Puaka! Sedap-sedap nak BULLSHIT kan aku. Siap dia nanti aku akan BULLSHIT kan dia right in front of his eyes. Bak kata Karpal Singh, "Jangan main-main dengan saya dan saya minta mereka (Si Puaka) bersedia terima akibatnya." (read sini).


Monday, February 09, 2009

Found and lost


Found:
1. Tempat menarik, or rather sesuai dan memenuhi requirement aku untuk berjogging di Shah Alam - Kompleks Sukan Panasonic, Seksyen 19 Shah Alam. Dulu, aku ke Kompleks Sukan MPSJ di USJ tapi aku rasa lebih senang dan selamat naik motor kalau ke Panasonic tu. Bayaran RM2 untuk kegunaan track dan gym dan RM1 untuk locker jika perlu.

Kawan-kawan aku suggest jugak lari kat tasek kat Subang tu ke ataupun kat Kelana Jaya atau jauh sikit kat area Amcorp Mall tu. Tapi, aku suka berlari in contained environment - yang aku boleh tahu berapa jarak aku dah lari, yang aku boleh time berapa masa aku dah berlari given certain distance.

2. Banyak sangat pet peeves nya bila berlari kat Kompleks Sukan Panasonic ni. To me, it's all about ethics which unethical conducts on the track really create pet peeves to me. Sama macam kalau korang main bowling. Bila orang lane sebelah (kiri atau kanan) dah berdiri ready to bowl, janganlah korang pun naik jugak nak ready to bowl. Let the bowler bowl dulu, baru korang approach the line to bowl.

Same goes on track. Kalau korang rasa korang nak berjalaaaaaannnnn je sepanjang 400m kat track tu, please walk in outer lanes, at least lorong ke 3 atau ke 4. Let those who are running run in inside lane, lane 1 normally. Kalau korang tak terperasan yang korang tengah berjalan kat lorong 1, bila macam perasan ada orang berlari menghampiri korang dari belakang, please move to outer lanes. Jangan buat dekkkkkk jeeeee.... bila dah kena potong dengan those who are running, sendiri mau ingat laaaaa... macam bawak kereta jugak.

Then, kalau berlari tu, get proper shoes, i.e. running shoes! Bukan tennis shoes or badminton shoes or sports snickers yang tapak dia flat dan keras tu. Even wearing futsal shoes is not just unethical, it will harm your legs. Lepas tu, macam mana korang belajar jalan jangan seret kaki, macam tu jugak lah berlari. Don't run flat-footed. Kalau berlari tu, jangan sampai bunyi kepek, kepek, kepek, kepek. Sebaliknya, bunyi yang sepatutnya ialah chrrpp, chrrpp, chrrpp.. macam tu.

Lagi satu, please wear proper attire. Janganlah pakai seluar jeans nak berlari kat trek. Ataupun janganlah pakai seluar askar celoreng-celoreng. Tak payah korang nak pakai macam Flo-Jo tu, beli track bottom kat Giant pun takpe asalkan you're properly dressed.

You don't need to run fast, tapi kena beretika. Korang lari kat trek, bukan lari tepi tasek, nak berlari pakai spender pun takpe <-- ini dah kes lari dari pencegah maksiat kena tangkap beromen kat Tasek Shah Alam ni....

3. Lari 5km on track is really different than running or on eliptical trainer for 5km in gym. Mak aaaaiiiii... aku buat stretching sama je macam aku buat kat gym, tapi macam nak terputus je urat thigh aku ni. Sampai laaa ni terasa lagi. Dan time yang aku buat kat trek lebih 15 minit daripada time yang aku biasa buat kat gym for 5km. Huhuhuuh... kena selalu lari kat trek laa pulak macam ni.

Lost:
Pundekkkkk sangat cermin mata aku yang letak kat bench kat tepi trek pun ada orang nak rembat. Boleh jual ke spek aku tu, ada nilai ke? Dah le tak berkaca mata aku ni. Anyway, aku dah tinggalkan nombor aku kat management office sports complex tu kot-kot ada orang terjumpa. Memanglah aku ada sewa locker tapi itu aku simpan wallet, phones dan pakaian aku. Spek tu aku pakai waktu mula berlari dan bila dah berpeluh, aku cabut lah letak kat bench kat tepi trek tu.

Dan nampaknya aku kena bergantung sepenuhnya lah kepada contact lense aku for like a week. Kot-kot lah ada sisa-sisa harapan management office tu akan call aku. Selalunya weekdays memang aku jarang pakai cermin mata sebab aku cabut contact lense pun betul-betul sebelum aku tidur. So, hari Jumaat lah aku buat spek baru kalau spek yang hilang tak tak dijumpai.

Dan termalas laa jadinya aku nak ke A&W 24 jam kat PJ tu malam semalam nak makan banana split dia. Malas nak pasang contact lense just to wear them for few hours. Hampehhh malingggggg!

So, kalau sesape yang terbaca blog ni yang terjumpa spek aku yang aku letak kat dalam map kat bawah ni, sila contact aku. Hehehehehe....



Sunday, February 08, 2009

Nasi kandar bungkus


Nasi kandar bungkus amat popular di bulan Ramadhan.
Hehehehehe....

Di bulan Ramadhan, ada juga kedai nasi kandar dah macam drive-thru McD atau KFC. Order dari dalam kereta je.
Hehehehehe....

Semalam, sedang aku masing berguling-guling atas sofa dalam kedinginan cuaca semi tengahari di Shah Alam (tak macam JB, panassss dah 4 minggu agaknya tak hujan). Masuk satu sms ajak breakfast. Waktu tu dah jam 9.30 pagi, dengan aku tak mandi lagi. "Wa tak mandi lagi laa, lunch terus laa tengahari nanti. Nasi kandar meletop," aku reply sms. "Mandi laa dulu, tengahari wa ada program lain." Serius dan beria-ia ajak breakfast. Aku mandi, ke Puchong dan makan tosey jam 11 pagi. Bukan satu amalam hidup aku sarapan jam 11 pagi ni.

Beberapa perkara penting dibincangkan. Antara aku dan dia. Sehingga 12.30 tengahari.

Perancangan asal - lunch di Nasi Kandar Raihan. Tapi perut masih penuh diisi sekeping tosey. Singgah je lah kedai tu, bungkus, bawak balik, makan kejap-kejap lagi. Kalau dah naik atas (rumah), sure malas nak turun dah. Tambah pulak, kebarangkalian untuk hujan petang di Shah Alam adalah 0.82.

Nasi kandar bungkus - pada aku - sedap dimakan selepas sejam dibeli. Walaupun agak sejuk, kuahnya dah meresap ke segenap sudut nasi. Menjadikan nasi kandar tu lebih terasa seperti nasi kandar. Lebih sedap, kalau nasi kandar bungkus tu dimakan dalam bungkusan nya saje, kertas suratkhabar dan plastik sebagai lapik. Tak perlu disalinkan ke dalam pinggan. Tapi kalau dah lebih sejam, tak sedap pulak rasanya. Mungkin akan ada bau-bau basi. Huhuhu...

So, dah cukup sejam, aku pun bukak bungkusan nasi kandar tadi, hmmm aromanya sungguh menyelerakan. Aku alihkan kacang bendi ke tepi, sayur tauge ke tepi dan.... alaaaaaaaa..... ayamnya betul dah aku mintak bahagian peha. Tapi kenapa tak dipotong ayam tu????????? Potong stim laaaaaaaaa........

Ye! Makan nasi kandar - pada aku - ayam goreng perlu dipotong. Walaupun korang akan kata sama je rasanya dipotong atau tidak. Tapi feeeeeeel kalau ayam tu dipotong, lain tau!


Saturday, February 07, 2009

Temankan Pak Abu


Kalau korang ingat cerita Pendekar Bujang Lapok, sure korang pernah tengok scene dalam kelas dewasa tu...
Cikgu: Pak Abu tu ketawa terlalu banyak sangat
Pak Abu: Cikgu...
Cikgu: Aa.. cepat, sekarang Pak Abu pulak.
Pak Abu: Yang mana?
Cikgu: Yang ini...
Pak Abu: Oh, ni saya kenal! Saya tahu ni.. huruf ini kan huruf - M
Cikgu: Itulah jangan suka ketawakan orang. Yang ini bukan huruf M, yang ini huruf Kha!
Pak Abu: Huruf Khaaa?...

Tapi, Pak Abu dalam cerita aku ni bukan Pak Abu yang dalam cerita Pendekar Bujang Lapok tu. Pak Abu dalam cerita aku ni ialah personal mechanic aku waktu aku kerja kat Shah Alam. Inside out kereta aku, Pak Abu lah yang tahu. Senang je dulu kalau nak servis kereta aku, hantar ke workshop pagi, pergi breakfast dengan Pak Abu, Pak Abu hantar aku ke ofis. Petangnya pulak, Pak Abu ambik aku kat ofis, pergi minum petang dengan Pak Abu, aku hantar Pak Abu balik ke workshop.

Sejak aku dah tak kerja di Shah Alam dan kerja-kerja servis kereta pun dibuat waktu weekend je, Pak Abu dah tak jadi personal mechanic aku lagi. Tapi, aku dah upgrade Pak Abu jadi consultant mechanic aku. Consultant free le hehehehe. Kalau kereta aku macam ada hal sikit, aku akan buat online consultation dengan Pak Abu. Then baru aku buat keputusan untuk tindakan selanjutnya.

Semalam, lebih kurang jam 9 malam, aku masih di atas lebuhraya di sekitar Ayer Keroh, dalam perjalanan dari JB ke SA. Pak Abu called. Ini bukan waktu yang Pak Abu biasa call aku.

Pak Abu: Kau kat mana ni?
Cikgu Aku: On the way balik SA, kat Ayer Keroh.
Pak Abu: Takpelah jauh tu...
Aku: Apsal?
Pak Abu: Ingatkan nak mintak tolong tadi...
Aku: Tolong apa?
Pak Abu: Tolong temankan
Aku: Buat apa?
Pak Abu: Pergi ambik kereta...

Pak Abu ni kebanyakan pelanggan dia big-big shots, itu yang kadang-kadang Pak Abu kena amik/hantar kereta di luar daerah. Ada masa pergi dengan dua kereta, balik satu kereta. Ada masa pergi dengan satu kereta, balik dengan dua kereta.

Aku: Boleh gak. Kat mana?
Pak Abu: Kat Perak.
Aku: Haaa... boleh laa, tunggu lah dalam sejam saya sampai laa SA.

Aku pun excited laa jugak sebab aku takde plan apa pun sampai di SA nanti. Lagipun lama tak sembang dengan Pak Abu ni.

Aku: Kalau Pak Abu boleh tunggu dalam sejam lagi, ok laa saya boleh temankan. Ok tak?

Pak Abu diam.
Dalam empat saat lepas tu, Pak Abu ketawa menggelegak. Pak Abu ni ketawanya menggelegak, susah aku nak explain dan tiru. Memang unik ketawa Pak Abu ni, dah le menggelegak pastu bersahutan dan berombak-omabk pulak tu. Hahahahah....

Pak Abu: Aku nak gi Perak, amik Toyota Camry, 16 bijik. Kau nak ikut tak?

Aku terdiam dua saat...

Aku: Wahahahahahahahhahahahahah. Chehhhhh! Siot Pak Abu!
Pak Abu: Ok lah aku nak makan.

Rujukan


Friday, February 06, 2009

Kena kidnap...


Korang yang biasa jadi sekretariat meeting. Organize meeting, lebih dasyat kalau meeting tu tiap-tiap minggu. Then, kena ambik minit meeting dan kena keluarkan minit meeting within 3 days lepas meeting. Sure korang tahu perasaan bila keluar/habis meeting tu. Rasa lega sangat.

Dan sebelum korang start buat minit meeting, korang rasa macam nak shut down everything, tak nak buat kerja apa-apa, nak relax je sampailah esok baru nak start buat minit meeting. At least, that's how I feel.

Petang semalam, time aku tengah 'shut down', tak nak buat apa-apa, just staring at computer screen sambil mengopek limau CNY yang kitorang kat ofis ni dapat sorang sekotak dan tak tau bila nak habis ni, aku dapat satu sms. Datangnya dari 'NSE E135'.

Katanya,
"Aku kena kidnap nih. Aku di offer utk jadi MB Perak. Jgn bagitau orang lain."

Menggelegak aku ketawa.

Korang tau kan yang kisah kemelut politik kat Perak? Lompat parti, kena kidnap - hilang tanpa dikesan, keluar parti, lompat balik ke parti asal, kerajaan negeri tumbang, MB diarah letak jawatan, kerajaan baru naik, MB baru naik. Korang tau kan?

Kalau korang baca suratkhabar lah kan? Kalau korang tengok berita lah kan? Kalau korang ikuti perkembangan semasa lah kan?

Tapi, kalau korang ni jenis tak baca suratkhabar. Jenis walaupun kaki berinternet tapi suratkhabar online pun korang tak sanggup nak baca sekali lalu. Ataupun jenis baca suratkhabar tapi seminggu sekali je, itu pun sebab ada sisipan hiburan macam Pancaindera lah, Bi-Pop lah. Ni ada recap apa yang terjadi kat kerajaan negeri Perak yang bertukar ganti ni, klik sini.

Aku pun forwardlah sms tu kat kawan-kawan-kawan aku... macam-macam balasan hantaran sms aku terima. Yang paling banyak, kawan-kawan yang gila kuasa, gila jawatan. Masing-masing mintak jawatan. Ekekekek....

Ni antara balasan-balasan sms yang aku terima...
"If betul, I jadi ur political sec je lah..." Ni dari awek meletopp so aku reply balik, "Jadi press sec je la nanti wartawan nak tanya mcm2, tgk u semua jadi kelu."

"Cantik lah, aku bleh jd bguard ko hahaa." Ada jugak nak jadi bodyguard!

"Okeh... jgn lupa amik aku jadik exco!"
"Aku jadi timbalan ko lah."
"Mesti ada post untuk aku punya he he he."
"Hahaha. Post SUK kosong?"
"Chehhh....mengada2 betul. Tapi kalau jadi MB, I nak jadik special officer." <-- dalam dok kata aku mengada tu, sempat lagi mintak post tu. Wakakaka...

Yang nak tumpang tuah kawan-kawan pun ada (kalau read between lines tu, macam bunyi nak projek je... hahahaha)
"He he he... kalu Yob jadi MB jgn lupe teman."
"Yalah tu! Nanti jadi MB Perak jgn lupakan kami he!he!" <-- ni dari wakil Wanita MCA. Ekekeke
"Biar betul. Kalau jadi nanti jgn lupa kawan2. Nak juga pakai baju melayu raikan kawan2." <-- Ni nak pingat kebesaran nih. Tapi betul juga sebab biasanya raikan kawan-kawan kat dangdut je, tak boleh pakai baju melayu. Oppsss...

Yang beri sokongan dan galakan pun ada juga. Ada juga nada terkejut dan seakan-akan percaya macam real je... wakakakaka
"Saper culik? BN ke PR?"
"Hang balik lah Rul jd YB Jelapang pastu jadilah MB."
"Alhamdulillah elok la 2 bro."
"Oi MB Perak le plak..."
"Saya just forwardkan sms ini kpd adun behrang, adun cangkat, adun jelapang n adun bota." <-- aku pulak yang mula-mula baca sms ini ingat macam real je. Ekekekeke...
"Haaaa??? Menteri besar??? Aku vote kau any time btw ape email address kau skali lagi...hilangla" <-- aku reply kasi email address aku a**ulhi**am@perak.gov.my. Dia reply balik, "Ko ni...aku nak email address sebelum kau jadi MB.." nak berguling-guling aku ketawa.

Ada jugak yang kena kidnap macam aku. Adehhh...
"Aisey,aku kn kidnap gak.depa nk aku jd sultanah ..." <-- lari topik laaa sultanah pulak.
"Laa.. Aku pun sama, tapi sultan melaka lagi.. Ni tgh pening ni." <-- sibuk je Melaka pun nak kemelut politik apanya, keluarkan je dari Malaysia. Wakakakaka....

Ada jugak yang tak amik port...
"Mcm2 la awak ni."
"Hang ni buat lawak JB ka?" <-- tak jadi aku nak lantik dia jadi timbalan.
"Nak buat lawak la tu petang2 kamis ni..."

Yang ni dari kroni. Syyyyy!!!!
"Jgnnnn memainn.. Dato Nizar is my MIL's cousin." Punya banyak huruf 'n', sama macam nama cousin MIL dia. Ekekekeke...

Haaa... yang ni dari golongan yang dalam perenggan kelapan tadi...
"Kau buat lawak apa ni? Aku br baca blog ko."
"MB apenye Yob."

Dan yang ni golongan terakhir pembalas sms aku, golongan yang kurang asam!
"Ni sape?"
"Sape nih..."
Memang le kalau aku jadi MB Perak, aku tak bagi diorang dua orang ni masuk negeri Perak. Mujur lah, aku dah dibebaskan dan ADUN Pangkor Datuk Zambry Kadir pun dah dilantik jadi the next MB Perak.

Dah 12.20am ni, aku nak tidur dulu. Esok bangun pagi-pagi nak buat minit meeting. *plop*


Thursday, February 05, 2009

Apasal gelap?


Apasal blog ni dah jadi gelap?
Sebab... blog ni aku tujukan kepada kekasih gelapku atau kekasih berambut gelapku. ekekekek...

Tak laa...
Sebenarnya kegelapan ini melambangkan kegelapan dalam suasana politik di Perak. Masing-masing berebut nak tubuhkan kerajaan negeri. Masing-masing mengaku telah mendapat mandat Sultan walaupun Sultan baru je mendengar penjelasan kedua-dua belah pihak namun belum membuat keputusan.

Tapi tak juga. Biarlah siapa pun bentuk kerajaan negeri Perak tu. Aku tak berapa nak peduli. Macam kata bapak aku, "rakyat macam dia (bapak aku) sama je siapa pun pegang kerajaan negeri." Lainlah kalau kerajaan negeri UP kan pencen bapak, kan?

Hajat sebenarnya kenapa gelap gelita ni...
Sempena kegawatan ekonomi ni dan isu tenaga dunia yang semakin berkurang, aku mengikut langkah Google to go Black! To save electricity. Ini Google laa yang cakap, aku ikut je (nota: aku malas nak cari artikel ni, korang carilah sendiri ye). Ada juga orang kata ini semua karut. Tapi mudah-mudahan dapat le penjimatan elektrik, penjimatan penggunaan tenaga dan penjimatan pembayaran bonus kepada Elf. ekekekek....

Tapi, kalau korang nak tahu salah satu cara menjimatkan penggunaan elektrik di rumah ialah dengan menggosok pakaian korang dengan banyak dalam sesuatu masa (gosok, gosok, gosok, pakai, pakai, pakai), instead of gosok sehari sepasang, sehari sepasang (gosok, pakai, gosok, pakai). Dan lebih afdal, kalau korang gosok pakaian korang tu time malam (bukan waktu puncak).

Lagipun, kalau aku access through my BlackBerry, nampak cantik je website with black background ni. Nampak naiikkkk je... tulisannya maksud aku. Dan gambar-gambar yang aku post kat sini pun nampak lebih cun daripada with green background.

Takde sebab munasabah, kan?!


Tuesday, February 03, 2009

Entry untuk Ed


Ini special entry untuk Ed. Kalau yang lain-lain tak faham, korang baca diam-diam sudah.

Waktu jam di tangan menunjukkan jam 11.43 malam. Tatkala ini, aku baru pulang dari bermain badminton. Sementara menunggu kering keringat di badan untuk aku mandi, aku menggosok baju batikku yang dibeli di Kelantan pada tahun 2005 tapi baru 3 kali je aku pakai. Esok, ada dinner tahun baru cina bersama MB Johor, sebab tu gosok baju batik ni.

Lampu kamar housemate ku masih menyala. Dapat aku lihat dari celah bawah pintu kamarnya. Namun tidak kedengaran suara atau 'dehem'an housemate ku. Sayup-sayup terdengar alunan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran dari kamar housemate aku. Jiwaku menjadi tenang. Seterika pun lancar melayari baju batik aku.

Sedang aku merenjis-renjis 'ironing aid' (liquid yang bagi senang nak seterika baju tu), telingaku tertancap dengan satu bunyian yang silih berganti dengan bacaan ayat+ayat suci Al-Quran tadi. Kedengaran seperti datang dari kamar housemate ku. Aku letakkan 'ironing aid' di atas meja. Aku laraskan butang pemanas seterika ke tahap paling minimum. Baju batikku baru suku bahagian digosok.

Aku memasangkan telinga aku. Bunyi tadi semakin jelas. Aku semakin yakin bunyi itu datang dari kamar housemate aku. Aku keluar dari bilik menggosok pakaian. Lalu aku hampiri kamar housemate aku. Semakin jelas bunyi taid namun aku belum pasti apakah bunyi itu. Aku rapatkan (tapi belum melekap) telinga aku ke kamar housemate aku. Bunyi semakin jelas.

.
.
.
.
Housemate aku berdengkur. Seawal 11.43 malam. Hmmm... semakin gawat ekonomi, semakin kuat housemate aku berdengkur, agaknya... Dah le rugi 4 minit aku menggosok baju ni. Buat suspen je bunyi aneh ni...


(Nota: kepada Dr Azlie, entry ini ditulis dan diterbitkan melalui BlackBerry, tetapi masih berperenggan. Siapa yang benak, teknologi atau pengendali blog UMNO Perak?! Hahahahah)


Monday, February 02, 2009

Nasi Kandar Raihan


Aku balik Shah Alam hujung minggu lepas dan ada satu penemuan terbaru. Satu lagi kedai nasi kandar meletoppp!!!



Nasi Kandar Raihan
Alamat: No. 5 Jalan Penggawa U1/75, Batu 3 Light Industrial Park, 40150 Shah Alam, Selangor. Tel: 03-55113519

Lokasinya to be exact, dekat area-area yang banyak workshop kereta, opposite Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam. Kalau korang dari arah Stadium Shah Alam nak menuju ke Glenmarie, it will be on the right hand side. Kalau dari Glenmarie nak ke Stadium Shah Alam, take the junction on your left (to the workshops area), right before the traffic light junction to Stadium Shah Alam/Tesco Extra and Giant/TTDI Jaya.

Bila dah masuk area workshops tu, korang pusing-pusing lah cari. Aku rasa itu satu je kedai makan kat area tu. Aku pun pusing-pusing jugak cari kedai tu. Tapi aku boleh guarantee kalau korang dah masuk kat area tu, korang sure akan jumpa kedai tu. Kalau tak jumpa, korang tanya lah ada kakak jual jambu kat situ. Jarak daripada lokasi kakak jual jambu tu dengan kedai tu dah tak jauh dah. Kalau kakak jual kambu tu pun korang tak jumpa ataupun kakak tu cuti hari tu, korang call je laa aku nombor yang aku letak kat atas tu. Tak reti-reti?!! Ekekekekeke....

Nasi kandarnya....



Meletopppp!!! Masuk carta top 5 nasi kandar meletoppp hidup aku. Dalam carta top 5 nasi kandar meletoppp aku tu, masing-masing ada keistimewaan dan kesedapan tersendiri. Aku tak boleh nak cakap yang Nasi Kandar Raihan ni lebih sedap daripada Nasi Kandar Utara SS15 Subang Jaya ataupun Nasi Kandar Ayam Merah Jalan Yang Kalsom Ipoh ataupun Nasi Kandar Ibramsha Jalan Tuanku Abdul Rahman Ipoh. Tapi yang pasti, Nasi Kandar Raihan jauh lebih meletoppp daripada Nasi Kandar Pelita!!!

Melelehhhh...


Sunday, February 01, 2009

One war that UMNO can never win


Lepas PRU13 tahun lepas, orang-orang UMNO and BN especially mula merasakan kepentingan blog, internet campaigning, dan segala macam cyber war. So, banyaklah blog-blog baru dari parti lapok ni yang tumbuh. Blog menteri, blog menteri besar, blog bekas menteri besar, macam-macam laaa.... tak satu pun aku baca! Hahahahaha....

Jangan salahkan aku. Bukan aku tak mencuba.
Contohnya, dalam memahami kemelut politik di negeri kelahiran aku (chewah!!!), aku pun cuba melawat Laman Rasmi Umno Perak Malaysia. Terpautlah aku kepada page "Berita dan Peristiwa". Mata aku pun tertancap kepada artikel bertajuk, "Apa Maksud Sebenar Bajet 2009 Kerajaan Perak". Aku pun click artikel tu dan sampai ke page tu (korang boleh kliksini). Teruja laa aku bila aku tengok bersemangat je (bersemangat ke?!!) muka bekas MB Perak kat page tu.



Aku pun teruja nak baca apa yang kerajaan Pakatan Rakyat kelentong rakyat Perak. Aku scroll bawah sikit, nak baca artikel tu. Terus, potong stim, kalau Jessica Alba telanjang bulat depan aku pun, k**e aku tak stim jadinya. Macam mana nak baca artikel pasal bajet kalau semuanya tulis dalam satu perenggan macam ni???



Dah le it was not really an article tapi macam temubual dengan Tajol Rosli. Tak sekolah ke orang UMNO ni? Ataupun dulu kat sekolah, tidur je time buat karangan?!! Elok lah Sudin cakap, "alif mim nun wau = sarkas" dalam filem Bujang Lapok.

Kalau orang UMNO Perak bijak gila IT, by the time korang baca entry ni, diorang mungkin dah perenggankan artikel tu. Tapi, kalau diorang bebal IT macam nak mampos!!! sampai PRU14 pun artikel tu tak berperenggan-perenggan!!


Related Posts with Thumbnails